Salam KRT.. Kisah Saya bekenaan Tuntutan Hak jagaan Anak selepas Bepisah.. Saya bepisah dgn isteri pada Akhir 2015.. Sepanjang perkahwinan saya dikurniakan 4 orang anak. Semua anak saya pelihara kerana bekas isteri meningglkan kami setelah mepunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Saya menceraikn isteri setelah tertangkap berduaan dengan lelaki lain didalam kereta. namun menyimpan aib bekas isteri di depan hakim semasa menjatuhkan talak. selepas bepisah anak sejak itu saya yang menjaganya. Isteri bekawin dgn lelaki itu bertahan 3 bulan sahaja dan telah becerai.
sungguh perit hidup bersama anak setelah becerai saya yang menguruskan makan pakai sekolah anak saya yang bekerja sebagai penjawat awam amat tekesan dengan kehidupan yang saya lalui. masa kerja digunakan untuk menguruskan sekolah anak. menjemput dan menghantar mereka ke sekolah. Oh namun begitu semangat saya ,jiwa saya hanya untuk anak anak. bahagia melihat mereka disisi saya. sedetik pun mereka tidak pernah memanggil ibu mereka. mengingatkan ibu mereka. akhirnya saya bertemu jodoh dgn seorang wanita baik budi pekerti selepas satu setenggah tahun sendiri…
Anak anak menerima dengan baik dan isteri saya amat menyayangi anak anak saya. dengan membina kembali rumahtangga yang pernah hancur dulu. alhamdulilah rumahtangga saya baru saya bina bahagia serta dikurniakan seorang cahaya mata. Perihal bekas isteri pula cuba mebuat fitnah dan memecah belah hubungan saya dan isteri. kononnya saya keluar dgn perempuan lain. Sedangkan ketika itu saya sentiasa disisi isteri dan anak anak tersayang. Bermacam cara hendak buat rumahtangga saya huru hara namun tidak behasil.. kerana isteri baru saya ini memahami hati dan budi saya walaupun percintaan kami tidak lama..
Akhirnya semasa di rumah sepasukan narkotik IPD *** telah datang membuat serbuan ke rumah saya. kononnya mereka mendapat aduan dari sekian sekian yang saya mengedar dad*h. oh betapa tedesak nya bekas isteri yang cemburukan kehidupan bahagia saya. namun polis tidak menemui apa apa bukti untuk menahan saya. setelah cara itu tidak behasil bekas isteri datang kerumah ketika saya sedang tidur cuti hujung minggu dan isteri saya bekerja .
Bekas isteri membawa lari anak anak saya hasil pekongsian dengan nya. dan membuat laporan polis kononnya saya Ditangkap oleh polis ( Narkotik).
kat sini saya tekejut kerana pihak polis langsung tak menyiasat kesahihan laporan yang bekas isteri saya buat. Namun Saya mencari anak saya x jumpa. Dia meninggalkan anak kepada kenalan nya supaya sukar untuk saya menemui. sampai satu masa saya mendapat surat saman dari mahkamah tinggi untuk hadir bicara ( Hadanah) namun berada diluar negara atas urusan kerja. namun saya dah maklumkan kepada mahkamah. tapi kes berjalan juga tanpa kehadiran saya dan bekas mendapat hak jagaan anak dan beserta nafkah.
sehingga kini nafkah diberi melalui potongan gaji dan saya masih tidak dpt bertemu anak saya. Ikutkan hati. kalau tiada undang2 dinegara ini dah lama saya cinc*ng bekas isteri saya bagi anjing makan begitu sekali saya dendam namun saya masih ada zuriat yang comel dgn isteri kedua yang mengubat rindu saya pada abang dan kakaknya.. saya jua Mendapat tahu anak anak begitu kurus di bawah jagaan nya.. semoga allah melindungi anak anak saya hendaknya.
kepada kamu bekas ku. berubahlah. taubat dari zine. Tak selamanya diri itu akan indah. Sesama berubah muhasabah diri. amin.




