Assalamualaikum admin, tolong hide profile saya yer.. saya nak luahkan ape yang terpendam di hati saya. saya dah berkahwin, seorang ibu dan mempunyai 2 orang anak lelaki, 7 tahun dan 2 tahun. Saya berkerja di sektor swasta tetapi telah berhenti baru 2 bulan. Luahan saya, berkenaan dengan suami saya. Sebelum ni, saya berkerja di ibu kota dengan gaji 3k tetapi kami pjj dan anak sulung bersama saya disana setelah hampir 4 tahun pjj suami memujuk saya untuk pindah ke tempt die. Dengan berjanji, semua hutang saya berjumlah 1k lebih akan dia langsaikan sementara saya dapat kerja baru. Saya bersetuju, memandangkan anak saya selalu meragam ingin bersama ayah die.
Tidak dinafikan, suami memang membayar hutang saya, tetapi tidak memberi nafkah kepada saya, hanya perbelanjaan dapur. Tetapi die memberi kepada ibunya dan adik beradiknya. Untuk ibunya, saya tak kisahkan sangat. Tetapi adik beradik? Setelah 5 bulan menganggur, saya dapat pekerjaan baru tetapi berlainan daerah dengan tmpt suami, dalam 2 jam perjalanan. Jadi kami bersetuju untuk berpindah kali-2 berdekatan tempt kerja saya. Keaadan ini sama shj seperti kami pjj dulu, tetapi kali ini dengan 2 anak. suami akan balik 2 hari sekali sahaja memandangkan jarak yang jauh.
Selepas 2 tahun, sekali lagi suami memujuk untuk saya berhenti kerana telah membeli rumah berdekatan dengan tmpat keje die. Seperti biase, die berjanji akan membayar hutang saya dan akan memberi nafkah kepada saya. Kerana perbelanjaan semkin berkurang jika ditolak dengan pengasuh, rumah sewa, dan minyak dapat jimat dekat 2k.
Tetapi perkara yang sama berlaku, setelah saya berhenti. Perlukah saya pjj sekali lagi atau bertahan dengan keadaan ini. saya juga perlukan duit utk penjagaan peribadi, mekap dan juga nafkah kepada ibu bapa saya walaupun RM50 seorang..




