Selepas A tahu yang saya tahu pasal mereka, A sudah lagi tidak segan untuk sembunyikan hal yang sebenar. A terang terangan keluar dengan N depan saya, setiap kali A keluar dengan N saya akan bawa diri untuk tenangkan fikiran. Setiap kali N tanya bila nak ceraikan saya pada A, A akan jawab nanti bila baby dah keluar. Saya tahu sebab saya baca WA mereka. Saya menanti denagn sabar untuk waktu itu hadir. Saya siapkan mental saya untuk keluar dari hidup mereka. Setiap malam A tidak pernah miss keluar dengan N. Tapi A masik baik, dia layan saya dengan baik. Suami yang bertanggungjawab. Medical checkup bersama, beli baju bersama Cuma die tidak bagi saya up apa apa di FB. Umpama saya bini no 2, N bini no 1. A sangat menjaga hati N, die tidak suka bergaduh dengan A. Saya selalu rasakan seperti saya perempuan simpanan A, N seperti bini yang sah pada A padahal situasinya terbalik.
Semasa bersalin, A ada bersama saya, azankan anak perempuan kami dan saya dalam duka ada juga terselit bahagia Saya menanti untuk diceraikan tetapi lafaz itu tidak kunjung tiba. Kerana N suka meroyan jika A layan saya lebih dari dia, A terpaksa curi2 balik kampong tengok saya dan anak masa berpantang. Saya ada tanya bila A nak ceraikan saya tetapi A buat bodo je. Ada satu masa N dan a bergaduh selepas saya habis pantang, N berani datang ke rumah bila A tidak mahu berjumpa dia. Saya teringin nak keluar dan tampar N sekuat hati kerana bagi saya rumah adalah privasi saya dan A.
A akan halang saya dengan alasan anak kene utamakan dulu dari bende lain. Saya tidak boleh call A jika die keluar dengan N sebab nanti A dan N akan bergaduh. Tapi N boleh call A bila bila masa sahaja. A sangat sayangkan anaknya. N tanya sudah setahun berlalu kenapa tidak ceraikan saya tetapi A tiada jawapan. Bila saya mintak cerai, A hanya buat b0d0. Saya masih bertahan dan berdoa. Dekatkan diri dengan Allah. Mohon jika A adalah jodoh terbaik buat saya, minta Allah balikkan hati A pada saya.
Sambungan kisah part 4 yang terakhir ye. Apa bakal terjadi ye.. adakah saya diceraikan dan A dan N akhirnya dapat bersama?HIDUPKU – part 4 (last) Salam min dan readers. Maaf saya terpaksa buat part by part sebab takot panjang sgt untuk reader baca sekali harung.. Ada yg kata ini drama tv3, tapi readers, ini memang kisah hidup saya.. saya sambung ya.. selepas setahun anak lahir, A dan N kerap gaduh. puncanya kerana A sudah kurang keluar dan layan N.
Saya baca WA mereka, N kata A sudah banyak berubah, jika dulu tak pernah miss keluar setiap hari, tak pernah miss ucapan sayang, tak pernah miss belanja itu ini, tak pernah miss buat suprise tapi sekarang da berubah. A kata die serabut N asik cari pasal. Ada sahaja tak kena.. balik awal kene maki, tertido awal sebab penat dikatanye beromen dengan saya, bawak anak ke klinik sebab demam pon boleh gaduh, keluar sekejap dengan saya beli barang dapo pon salah. pokoknye sume yang ada kaitan dengan saya dan anak akan jadi isu besar pada N.
N sering kali tanya bila A mahu nikah dan ceraikan saya. Die tak suka lihat saya bahagia. N selalu stalk FB saya pakai akaun org lain.. setiap kali sy update status mesti die akan bergaduh dengan A sehingga A halang saya main FB. Saya masih layan A seperti biasa, jalankan tugas isteri. Ada satu masa saya tanya A “tak keluar ke dengan N ari nie,” sebab die sudah kerap terperuk di rumah. Die kata die nak duduk rumah je sebab sini tenang. Saya memang jarang gaduh dengan A sebab saya tak suka gaduh dan btegang urat, selagi saya boleh sabar saya sabar. mungkin sebab itu A anggap saya bodo. Readers pon akan anggap saya bodo, tapi itu adalah karakter saya.
Masa anak berumur setahun setengah, N serang saya, katanye apa bomoh saya guna sehinggakan A sudah tidak layan dia lagi. Saya tidak tahu rupanya sudah 2 bulan A tidak layan N sebab kantoi dengan A saya godam WA dia. Berbagai kata hinaan dilemparkan pada saya. Saya hanya balas, saya tidak guna bomoh, saya hanya berdoa pada Allah sahaja. Esoknya N datang ke rumah untuk bjumpa A. kali nie A tiada di rumah. outstation, jadi saya kumpul kekuatan, saya jadi garang, saya marah N, saya luahkan apa yg terpendam, akhirnya saya tampar dia sekuat hati saya sehingga dia lari.
Selepas A balik malamnya, A bawak saya bjumpa N. Di depan N dan saya A berkata. “Aku lepaskan kau N. Aku
sayang anak aku. Aku nak yang terbaik buat dia. Kalau aku ceraikan isteri aku dan kahwin dengan kau, aku rasa anak aku tak akan bahagia sebab mulut puaka dan perangai hantu kau tu. Aku dah cakap berbulan lepas aku nak berehat dari hubungan nie. tapi kau masih lagi cari aku. aku sayang anak dan isteri aku”.
Saya terkejut A pilih saya dan anak. N marah. meroyan. pkul dan tumbuk dada A. Da macam drama saya tengok. N kata A da main dengan dia segala bagai. Walaupon tahu saya tersentap. Tp A kata N masih boleh kahwin dengan orang lain sebab A tak pernah pecahkan dara N. Hanya ringan2. A mintak N pergi dari hidup dia sebab die memang dah tiada hati dengan N. Sekarang yang paling dia sayang adalah saya dan anak kami.
Alhamdulillah ya allah kau dengar rintihan hambamu ini. Kesabaran ku dibayar dengan nikmat yang indah. Kasih sayang dari seorang suami dan selamatkan rumah tanggaku. Ambila masa juga untuk N betol2 move on. Hampir 4 bulan N ganggu kami dengan royan nya. Msg terakhir dr N buat saya, kata N, sebab A mmg sudah tidak layan N, N mampu move on walaupon agak susah sebab selama 5 tahun dia couple dengan A, A janji berbagai janji. Tapi N kata kalau bukan jodoh dia dengan A, macam mana perancangan pon, A tetap tidak akan jadi milik dia.
Dia akan terbang ke australia minggu depan. N mintak tukar ke sana untuk lupakan A. Tp N kata she’s not sorry for what happen sepanjang dia couple dengan A. Sudah 5 bulan sejak msg terakhir tu. Saya sudah bahagia dengan A berkat kesabaran saya atas dugaan yang allah berikan. Alhamdulillah. semoga jodoh saya dan kasih sayang A pada saya berkekalan hingga ke jannah. Readers tolong aminkan ye.. Terima kasih. The end.




