Zaman kanak2 saya selalu tak dikisah kan Oleh ibu saya, selalu waktu saya kecil , ibu hantar saya ke rumah kawan2 bila ibu pergi kerja, ibu saya kerja malam… saya pernah tanya tentang ayah , ibu kata ayah saya sudah meninggal bila dia ke negara lain (saya anak campuran) saya seorang yg suka belajar kerana saya nak masa depan saya cerah, ibu tak kisah langsung bila saya dapat anugerah pelajar terbaik sekola atau pun dpt pencapaian tinggi dalam perlajaran, kadang2 kerana sikap nya yang suka berpindah rumah (tak tahu sebab apa) membuatkan pelajaran saya terganggu
semasa saya berumur 15 tahun ibu saya terkena santau , mungkin dari kawan tempat kerja nya, jadi ibu saya tak bekerja hanya meminta wang dari rakan baik utk sewa rumah yg usang dan beli makanan.. kami hidup sangat susah, sehari makan beberapa kali sahaja, dan saya tiada wang untuk belanja sekola jadi saya tak ke sekolah untk 1 tahun, ibu saya tak nak hidup susah lagi, jadi dia nak saya kerja di sebuah kelab , kerana saya sayangkan ibu dengan hati berat saya ikuti kehendak ibu
Rupanya dia mahu saya bekerja sebagai GR0 di situ, saya terkejut/sedih, padahal saya berumur 16 tahun, dan tiada siapa tahu, ibu saya contact kawan dia untuk saya mulakan kerja, dan saya buatlah kerja tu, kena layan orang2 tua, walaupun saya takut sangat pada masa tu, satu masa saya rasa pening sangat (saya tak minum achohol) , saya rasa ada org letak sesuatu dalam air yg saya minum, membuatkan saya tak sedar apa saya buat, tetapi GRO yang lain beritahu hari selepas kejadian yang saya mabuk teruk dan saya terminum banyak achohol , saya berfikir mungkin kawan ibu saya yg lakukan ini..
saya terbangun di dalam bilik hotel, saya seorang dalam bilik tu saya rasa sakit sgt pada private part saya dan selepas tu saya nangis dan telefon ibu apa yang terjadi , saya bergegas pakai baju dan ternampak wang ringgit di atas meja, pada mula nya saya taknak ambil tapi saya fikir mcm mana saya nak balik guna taxi dgn tak ada duit, jadi saya ambil wang itu dan balik kerumah , saya nangis depan ibu , dan ibu kata “jgn sedih, dorang mmg sengaja buat ko macam tu, tapi dorang ada bgi duit tak?”, saya tunjuk wang ringgit sambil sapu air mata saya, ibu kata “tak apalah nak, tengok ni ada duit kita boleh beli banyak makanan.
Adik ko yang kecik pun boleh di belikan mainan”, ibu saya pujuk saya, dan ibu kata, “kamu ni cantik, kalau ramai orang nak mesti kamu dapat banyak duit, kita boleh duduk rumah condo” .. macam2 ibu saya kata utk menghasut saya. saya berfikir dgn cara apa lagi utk dpt duit dgn cara halal, saya kata saya akan bekerja di restaurant kalau ibu benar mahu saya bekerja, ibu saya tak setuju, dia marah berkata saya ada rupa yang menawan, buat apa membuang masa bekerja di restaurant, dan ibu saya teruskan memujuk utk saya kerja semula seperti itu, dan saya tolak keras, tetapi dia bersedih dgn berkata saya anak derhaka kerana tak mendenga kata dia, disebabkan perkataan “derhaka”, membuatkan saya terpaksa menerus kan bekerja seperti GR0 , tetapi duit nya semua ibu saya habiskan seperti air,
kadang2 duit nya tu dia habis kan utk belanja jantan(anak ikan), saya simpan duit mencari orang yang boleh pulihkan santau ibu , jd ibu boleh bekerja yg sesuai dgn umur dia. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, ibu makin pulih, tetapi saya perasan kalau enjoy mesti dia boleh pergi, tapi kalau bekerja macam2 alasan dia bagi contoh dia “sakit itu ini, santau nya masih ada lagi”.. saya berfikir mungkin ibu saya dah pulih tapi dia sudah malas memandang kan saya “source of income” kepada dia, saya makin kurus saya makin stress, dah tak nampak wajah kegembiraan saya, saya dah rosak tapi ibu tak kisah asalkan duit nya saya bagi.
sampai satu hari ada ulser banyak pada bahagian private part saya, saya tahan sakit dan tak kerja utk beberapa minggu , saya nak ke hospital tapi ibu taknak malu katanya kalau doktor tanya sebab apa, jadi di sebab kan duit belanja sudah habis, ibu saya paksa saya kerja walaupun berpuluh ulser di private part saya, jadi saya bekerja juga disebabkan dia , saya menahan sakit yang teramat sangat, macam beranak tak berhenti sakit dia, dan ibu saya suruh saya berendam dalam baldi penuh dengan garam, mesti pembaca tak boleh bayangkan sakit dia macam mana kan.
Saya nangis teruk sebab sakit teramat, bayangkan ulser kat mulut walaupun kumur air garam dah pedih, ini lagi kan private part .. selepas beberapa hari saya pulih dan terus kan bekerja seperti biasa utk ibu.. sudah setahun lebih saya merana dan 2017 pun tiba, saya akan menceritakan next part 2 (dimana saya berkahwin dengan lelaki yg berada tetapi physco yang gile, saya ingat sengsara saya berakhir tetapi bermula lebih teruk daripada dulu) terima kasih sudi membaca cerita saya.m




