Salam sejahtera saya ingin meminta beberapa pendapat. Saya berasal dari Melaka dan sudah setahun mendirikan rumahtangga. Dalam adik beradik, hanya saya sorang dah berkahwin dan adik beradik lain amat memerlukan saya. Saya teringin sangat untuk mendapatkan zuriat tetapi mil saya bangkang dan mengatakan kami akan susah untuk menanggung perbelanjaan sedangkan kami mempunyai pendapatan tetap. Jadi saya sebersalah untuk menjawab pertanyaan saudara mara tentang zuriat.
Nafkah. Suami tak memberi nafkah tetapi kepada saya. Dia mengatakan jika nak duit, minta. Tapi saya tak biasa meminta. Klau minta pasti beribu soalan ditanya untuk apa duit. Sedangkan kami buat bisnes sama2, tp keuntungan dikaut oleh fil. Saya tinggal bersama mil, fil. Sudah mempunyai rumah sendiri tetapi kluarga mertua tak bg keluar. Jadi agak sukar saya nak lakukan tanggungjwb sebagai isteri sepenuhnya kerana mil suka campur tangan.
Suami tak izinkan saya untuk menolong ahli klurga saya sendiri (bukan duit) dan akan marah klau dapat tahu saya menolong mereka. Sedangkan dia amat utamakan keluarganya sehingga heret saya sekali untuk menolong adik beradik dan ibu bapanya. Kalini, buat pertama kali ibu bapa saya meminta tolong untuk membawanya ke Senawang tetapi suami memberi beribu alasan sedangkan saya patuh taat mengikut suami dan kluarganya jika ke Kedah, Perak, Kelantan etc. Ibu ayah saya tak tahu memandu dan tiada kenderaan, mereka amat mengharapkan saya.
Saya pernah rasa amat tertekan sehingga pernah cubaan untuk membunuh diri tetapi suami menahan. Saya rasa sayalah manusia paling malang sekali apabila berkahwin sedangkan semasa bujang saya amat bahagia dgn keluarga saya walaupun hidup sederhana. Bagilah pendapat dan nasihat yg bernas kepada saya..




