Assalamualaikum,
Aku seorang yang bekerjaya (profesional level) dan sangat menjaga penampilan. Suami seorang usahawan yang sederhana berjaya. Bagi aku dah berjaya dah dia. Aku bangga dengan pencapaiannya. Suami aku segak bergaya. Kami berkahwin pada 2014. Kami dikurniakan anak pertama pada tahun 2015. Dan pada tahun 2017 kami dapat anak yang kedua. Keluarga kami sangat bahagia waktu itu. Tapi dalam masa aku merasa keluarga aku bahagia tidak pada suami aku. Suami aku tidak bahagia sehingga dia mencari kebahagiaannya di luar.
Pada bulan 9 tahun 2017 suami aku bercinta dengan staf part time nya yang berumur 17 tahun waktu itu. Aku dapat tahu pada bulan 10, 2017. Aku sedih. Aku kecewa. Iya lah pergi sekolah pun kadang-kadang tu suami aku ambil dia. Suami aku pun ada juga berbincang dengan dia untuk kahwin di seberang selepas dia habis SPM dan suami aku ada alasan kukuh untuk kahwin dengan dia. Sebab nak tolong perempuan tu. Suami aku cakap perempuan itu baik cuma dia tak pandai jaga diri sehingga dare nya diragut oleh kekasih pertamanya.
Pada masa yang sama, aku join satu program. Aku bersyukur. Aku dapat bertenang. Aku cuba berubah dan berbaik dengan suami aku. Alhamdulillah suami aku terima perubahan aku. Dan secara automatik dia meningg@lkan perempuan tersebut. Oh ya suami aku cari orang lain sebab sikap aku yang tak selembut waktu kenal dulu-dulu, senyuman jarang diukir, suara manja tidak lagi kedengaran, masak dan gosok baju tidak lagi. Bila bergaduh ja cepat saja mulut ni minta cerai dan minta dia cari perempuan lain. Silap aku juga. Terus dia merealisasikannya. Hahaha.
Apa yang penting silap aku dalam aku sibuk jaga anak-anak aku terlupa untuk memberi layanan pada anak kecil yang sorang lagi tu suami aku. Aku terlupa nak belai dia sedangkan dia juga perlukan kasih sayang aku sama seperti anak-anak aku. Itu silap terbesar aku. Dan perempuan tersebut pun sekarang dah ada bf lain dan dah tak da perasaan lagi pada suami aku. Aku diuji dengan suami aku ada orang lain. Tersuka pada staf nya sendiri.
Suami aku pula diuji dengan sikap aku yang berubah 360 darjah. Aku sedar dan aku berubah ke arah yang lebih baik untuk kebahagiaan keluarga aku. Aku bersyukur dengan apa berlaku pada aku sekarang ni, aku lebih redha, lebih menghargai suami aku dan pemaaf. Dan tiada dendam antara aku dan perempuan itu. Walaupun kadangkala ada fikiran2 biawak yang tak diundang hadir contohnya budak tu waktu pergi dan ambil kerja bersalam bagai dengan suami aku kot. Bila hadirnya fikiran macam ni aku cepat2 tepis. Istighfar. Aku perlu fokus pada apa yang ada sekarang. Bukan fokus pada masa lepas. Syukuri dan nikmati pada waktu ini.




