Assalamualaikum. Saya nak tanya pada mereka yang dah bercerai, selepas terlerainya ikatan perkahwinan, kalian masih berhubung ke dengan bekas mentua? Saya baru bercerai dan saya sedia maklum yang bila kita bercerai, hubungan kita dengan mak dan ayah mentua tetap tak terputus. Atas dasar tu saya ada berkunjung ke rumah mak dan ayah mentua namun kehadiran saya di sambut dingin oleh semua pihak. Saya memang dah tak ada apa-apa perasaan pada bekas suami saya datang ke rumah mentua sekadar bertanya khabar mentua sahaja.
Namun begitu seminggu selepas saya ke rumah mentua, saya mendapat perkhabaran bekas ipar menjaja cerita bahawa saya perempuan b0d0h yang gila talak dan masih tak dapat melupakan bekas suami. Sekarang saya jadi serba salah untuk bertandang dan bertanya khabar dengan mak dan ayah mentua. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berada di tempat saya, apakah yang akan tuan-tuan dan puan-puan lakukan?




