salam. susulan dari story hibah yang saya post beberapa hari lepas. selepas kemat!an arwah. kakak ipar mengarah ejen insuran yang menguruskn polisi suami berjumpa saya kerana kononnya mahu menguruskn polisi insuran yang baru untuk anak2. yang peliknya dia hanya minta salinan ic saya dan mykid anak2 dan saya hanya dibenarkn menandatangi borang. saya tidak dibenarkan meletakkan nama atau pewaris kononnnya bimbang borang rosak. saya brtindak mengambil borang itu dengan alasan ingin memahami polisi terlebih dahulu dan akan berjumpa semula selepas saya bersetuju. Saya bertanyakn tentang insuran arwah kepadanya. katanya arwah berjumpe pada bulan mei dan kali terakhir bulan julai. selama berurusan dia hanya menandatangi polisi di ipad sahaja.
keesokannya saya terus ke syrikat insuran itu brtanyakn tentang polisi arwah. dengan harapan dapat maklumat selanjutnya. Yang peliknya hibah dibuat pada november. 2 hari sebelum dia men!nggal akibat kemalangan. dan pada hari trsebut dia tidak bekerja. Dia luangkn masa dengan anak2 kerana saya bekerja. dan dia tidak berurusan dengan sesiapa pada hari itu. malangnya saya tidak dapat berbuat apa2 walaupun saya isteri arwah. apabila ejen insuran mengetahui saya menyelidik tentang polisi ini. dia block cll dan whatsapp saya. leader nye juga mengelak dari berjumpe. Saya terpaksa perrgi ke hq untuk maklumat lanjut. dengan siapa saya berurusan di sana saya terpaksa rahsiakn tetapi jawapan yang saya dapat kemungkinan kakak ipar berpakat dengan ejen hibahkan atas nama dia dan menipu tarikh hibah dan meniru tandatangan..
Memang senang je nak tiru sebab simple je sign arwah.. mungkin ia dibuat selepas kemalangan. sijil matti arwah yang ori pun kakak ipar ada dan banyak bantuan dia dapat dr ejen tu tentang bagaimana palsukan polisi. sedangkan saya yang pulangkn ic arwah dan daftar kemattian di JPN. kiranya sekarang ada 2 sijil matti ori.. dan ingtlah sijil matti amat penting untuk menuntut insuran dan bleh dikeluarkn oleh waris terdekat. Balik dari hq terus family arwah call saya dan ugut kalau teruskan diorang nak pukul saya. saya terus ke balai polis buat laporan ugutan dan ke mahkamah syariah.. di mahkamah. mereka berikan borang tuntutan faraid. Tapi untuk meneruskn tuntutan saya kena dapatkn salinan polisi insuran arwah. malangnye bila ke syarikat insuran itu. mereka enggan memberi salinan itu atas alasan semua maklumat hanya ada pada ejen. ejen dah lari dari saya. macam mne saya nak membela anak2 lg.
Nasib tak berpihak pada saya. ada yang memberi jalan lain. complain ke bnm. pun saya dah buat. masalahnye tetap sama. mereka mahukan salinan polisi. perihal anak yang dipisahkn itu. anak saya belajar di tahfiz. saya tidak berjumpe dia selepas kejadian kerana masa kemalangan suami dan anak sulung meninggl dan 2 anak saya cedera parah dalam saya sibuk menjaga anak yang parah kakak ipar ke tahfiz berjumpe anak dan menyalahkn saya adalah punca kemalangan itu. saya dan suami sebenarnya sedang dalam kesusahan. rumah dan kereta nak kena tarik dan lelong.
saya terpksa bekerja untuk ringanakn beban suami. saya kerje kat kedai makan dan memang bergilir jaga anak dengan suami. kakak ipar meracuni fikiran anak sehingga dia bncikn saya..l dia enggan balik ke rumah. dia hanya benarkn kakak ipar sahaja yang mengambil dia bila cuti. dia bahasakn diri dengan saya ‘aku..engkau’..saya benar2 terduduk. tapi saya kuatkan semangat demi anak2 yang lain. ujian paling azab dalam hidup saya. saya mampu redha je. Jadikan lah iktibar dari kisah saya. hibah ada kebaikan dan keburukannya. saya bukan tak nak membela nasib anak2. saya buntu dan tiada siapa akan bantu sebab saya tidak berkemampuan.




