Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum admin, mohon hide profile saya yer. Saya seorang isteri dan ibu kepada 4 cahaya mata. Bak kata2 pujangga 5 tahun yang pertama perkahwinan akan diuji dengan kesulitan. Saya dan suami sudah saling mengenali sejak 12 tahun yang lepas. Untuk 5 tahun yang pertama. ekonomi memang sangat2 takstabil Saya bersabar…
Masalahnya suami seorang yang malas bekerja. sejak anak pertama hingga ke 4 ni. kerja sekejap dan berhenti tanpa ada pekerjaan yang baru. Pernah ketika pregnant anak no.2 dia berhenti kerja, duduk rumah dan anak dihantar ke pengasuh. Saya seorang menanggung semuanya. Ibu mertua masa tu tahu yang dia tak bekerja tetapi hanya berdiam diri.
Selepas 6 bulan menganggur dia dapat kerja baru. Berhadapan dengan masalah attitude pula. Tengok bola atau melepak sampai pagi esok nak pergi kerja mengantuk, sakit kepala, terlajak tidur.. so tak pergi kerja tanpa mc letter. Saya tak nafikan pengorbanan dia menghantar saya ke tempat kerja. dan ini dijadikan alasan untuk dia melakukan semua yang dia mahu keatas saya semasa saya bekerja di bandar yang jauh dari keluarga saya.
Termasuk memegang kad atm saya dan menggunakan semua wang gaji saya. Saya tak boleh bertanyakan kemana wang gaji saya.S aya akan ditengking2. Saya hanya mengikut kata2 dan arahannya. Tak tahu kenapa tetapi itulah yang berlaku. Saya selalu mengikat perut jika waktu rehat. walaupun ketika itu sedang pregnant. Dia pernah meminta saya meminjam ahlong dan dia juga sama. sebab memang tak cukup duit.
Makanya semua duit bonus hanya dilabur bayar bunga ahlong. selepas itu boleh pulak dia berhenti kerja lagi. Saya diketika itu sarat pregnant anak ke 3. Saya membuat keputusan untuk pindah ke kampung. Lagipun rumah sewa saya di ambil oleh tuan rumah. Mungkin atas sebab lambat dan selalu postponed bayar. Sebab saya minta dia tolong saya bayar sewa dan bil. Ternyata semuanya tertunggak.
Memandang dia kerap ponteng gajinya sering ditolak. Saya bersalin di kampung saya.. Tanggapan saya masih positif.. Mungkin di kampung saya dia boleh mendapatkan pekerjaan baru. Kerana banyak kilang di kawsan saya tinggal. Harapan saya meleset. Dia juga berpantang selama saya berpantang. Malah lebih lama lagi. Saya di tanggung ibu bapa dan memalukan bila dia juga sama ditanggung makan dan tempat tinggal oleh parents saya. Bukan nak jaga saya berpantang..
Di dalam pantang anak kedua masih kecil ketika itu anak saya setahun lebih dan masih nak bermanja saya yang jaga dan dukung dia, dalam masa yang sama dengan anak yang masih bayi. Saya ada memintanya menjaga saya berpantang. Tolong sediakan air untuk mandi pagi.. tetapi dia mengatakan yang dia harus cukup tidur.. Tidur mesti 8 jam.. Habistu saya??
Hancur harapan saya dan betapa malunya muka ni pada keluarga saya. Sudahlah makan minum saya sekeluarga di tanggung parents saya. Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan luar biasa.. Dalam masa yang sama hati risau hutang ahlong yang kami buat. Dia macam biasa hanya relaks sahaja. Bila saya tanya macam mana ni, duit tak ada.. dia hanya angkat bahu..Dalam masa berpantang,hati ni sentiasa risau..
Alhamdulillah Allah beri kami insan yang sudi membantu meminjamkan wangnya. Iaitu ibu mertua saya. Saya lah yang kena ansurkan duit sehingga anak saya yang sulong ketika itu belajar di tadika terpaksa diberhentikan ekoran saya terpaksa bayar duit mertua dan suami saya tidak mahu bekerja. Diminta kerja di kilang dia tak nak. Semasa dalam proses berpantang, saya sangat tertekan kerana memikirkan Rumah baru pun kami tak dapat lagi.
Sedangkan tuan rumah yang lama ingin mengambil rumah mereka. Barang2 saya masih didalam rumah itu kerana saya terus balik ke rmh ibu bapa untuk bersalin anak ke 3. ibubapa saya memang marah dengan perangainya dan tak mahu duduk satu rumah dengan suami saya.. Akhirnya dengan pertolongan adik saya, kami dapat sebuah rumah sewa. Agak terpencil dari penduduk kg dan sewa murah Kami pun berpindah.
Adik2 saya dan mak saya yang bersihkan rumah sewa tu.. Korang bayangkan lah rumah tu hanya foreign worker yang duduk. Saya tabahkan hati. Masih sabar. Pendam segala amarah. fikir positif. Bersusah2 dulu. Dia masih tidak bekerja hampir setahun. Akhirnya dapat kerja baru. Attitude masih macam sebelumya. ponteng. Ditakdirkan kereta kami rosak. Dia tak boleh pergi kerja.
Berhenti lagi selepas 2 bulan bekerja. dia duduk dirumah beberapa bulan. Saya recommend untuk dia bekerja di dalam syarikat saya. Saya tebalkan muka minta tolong rakan . Dia bekerja selama Setahun lebih. Tetapi berhenti juga. Kerana kos transport. Dia ditranfer atas masalah disiplin juga. Kerap ponteng. Dia ada bekerja ditempat lain, 3 bulan kemudian dia berhenti. Pun ada masalah disiplin..
Sekarang ni dia menganggur balik. Saya cuba untuk redha. Saya pun ada impian, saya nak anak2 membesar dengan sempurna. Tapi mana mungkin untuk saya capai jika saya berseorangan yang berusaha.. Saya memintanya menjaga anak2 kerana tak bekerja. Saya tidak mahu diperbodohkan lagi seperti dulu. Dulu, anak dihantar ke pengasuh dan di Duduk di rumah selama 6 bulan…
Macam2 saya kena bayar termasuklah hutang dia. Dia buat hutang beribu dan then berhenti kerja. Saya lah yang membayar hutangnya ansur2. memang tak cukup. semua nak dibayar oleh saya seorang. Company yang beri dia hutang asyik menelefon saya bertanyakan payment. Saya berasa sangat tertekan. Saya ingin mengadu di pejabat agama tetapi masih lagi saya tangguhkan. Sabar saya padanya makin pudar.
Tetapi saya takut untuk membuat keputusan kerana bimbang perasaan anak2 saya terganggu jika kami divorce. Terlalu banyak peluang yang saya berikan hingga saya letih untuk memikirkannya lalu membiarkan sahaja diri dipijak. Adakah saya yang takut atau tak mampu untuk hidup alone?entahlah. Dunia saya hanyalah dirumah dan ditempat kerja. Saya tak berani untuk kemana2 tanpa ditemani suami.
Saya bukanlah seorang yang bers0sial sejak bujang lagi. Pergi kerja pun suami yang hantar sebab saya memang penakut nak drive. Tidak dinafikan kawan2 rapat dan family menasihati saya untuk ke pej agama. mereka support dari segi semangat. Ada juga yang support berikan saya meminjam duit jika saya tak cukup duit. tetapi entahlah. Saya buntu.
Saya ada berbincang dengannya untuk divorce. Dia mahu semua anak2nya. Dia mahu saya sediakan surat persetujuan untuk menyerahkan anak2 padanya. Anak2 saya nak makan apa? dia kerja pun huru hara. Dia lebih penting tidurnya. ibubapa saya sangat kecewa dengan saya kerana membiarkan diri dipijak. Saya buntu.
Saya harap rakan2 dapat memberikan pendapat apa yang patut saya buat.
Atau ada yang berpengalaman seperti saya. Saya memang ingin ke pejabat agama tetapi saya masih takut dan ragu2 dengan kehidupan akan saya lalui sebagai single mom.. terima kasih semua




