Salam min..mcm biasa tlg hide fb ni ye.saya nak tanya pndapat warga krt. saya ringkaskan cerita. saya pernah mnjadi seorabg janda dan mempunyai seorg anak lelaki hasil perkahwinan sebelum ni. sekarang saya telah berkahwin kali kedua, usia perkahwinan yang kedua ni baru nak masuk 2 tahun bulan 4 nanti. saya telah pun mendapat rezeki seorang anak perempuan hasil perkahwinan sekarang. anak perempuan kami dah berumur 1 tahun. untuk pengetahuan semua suami saya sekarang adalah suami orang bermakna saya adalah isteri kedua. tetapi perkahwinan kami masih menjadi rahsia kepada isteri pertama suami dan seluruh keluarga suami. yang tau tentang perkahwinan kami hanya krluarga sebelah saya.
Suami berjanji akan memberitahu isteri dan keluarganya setelah kami bernikah tetapi sehingga ke harini perkhwinan kami masih rahsia. suami bekerja sebagai anggota beruniform di johor bahru saya juga bekerja di jabatan yang sama dengan suami buat masa sekarang suami berulang alik 2 hari sekali kerana suami bekerja shift dari muar (kg suami dan rumah bersama isteri pertama) ke jb untuk bekerja dan balik ke rumah kami. isteri pertama tidak bekerja dan baru bersalin anak ke-3 mereka pada bulan oktober 2018. anak mereka 3 orang lelaki dan anak ke-3 mereka sebaya dengan anak pertama kami sebab anak kami lahir pada januari 2018.
Suami seorang yang penyayang dan dia sangat sayang pada anak kami yang perempuan ni sebab pertama kali suami dapat anak perempuan. dia menjaga saya, anak2 saya dengan baik sekali. kami bahagia. saya juga nmpak suami sayang pada isteri pertama dan semestinya sangat sayang pada anak2 dia. suami juga seorang yang bertanggjawab dari segi nafkah. Isteri pertama lgsung tidak syak pada suami yang telah bernikah dengan saya hampir 2 tahun ni. Suami terpaksa menipu isteri pertama jika ingin luangkan msa lebih dengan kami sprti hari raya atau cuti2 lain suami akan memberitahu dia kerja lebih masa dan tidak dapat cuti tapi suami akan tetap balik beraya dengan isteri pertama.
Semoga Allah memberi petunjuk dan jalan keluar yang trbaik untuk kami. cuma yang saya pelik adakah wajar suami merahsiakan perkahwinan kami dan sampai bila?? saya takut kehilangan suami saya sekarang jika isteri pertama tahu tentang kami. saya sntiasa berdoa utk Allah lembutkan hati isteri pertama dan terima saya sebagai madunya yang sah. saya hrp warga krt dpt bg pendapat apa yang patut saya buat? adakah ptt saya teruskan hdup seperti biasa mcm sekarang ni smp isteri pertama tau sendiri ttg kami ataupun ada cara yang lebih baik?




