Assalamualaikum Admin Saya terpanggil untuk menulis sekali lagi di ruangan ini. Saya masih ingat tahun lepas saya pernah meluah disini berkaitan dilemma saya untuk menuntut penceraian sekaligus untuk mempertahankan hak saya sebagai seorang wanita. Saya cuba ringkaskan cerita saya. Saya merupakan pegawai kerajaan bergred tinggi di sebuah jabatan Bekas suami saya adalah unit beruniform yang gred rendah sahaja. Saya menerima dirinya apa adanya. Tanpa wang, tanpa kereta, tanpa rumah..saya terima dia tanpa sebarang prejudis.
Malahan sehinggakan ke hari pernikahan sekalipun, semua duit majlis perkahwinan saya tanggung 100%. Bekas suami saya cuma perlu sediakan mas kahwin seberapa banyak yang dia mampu. Walaupun saya tahu, dia pinjam along untuk mas kahwin tu, tapi saya terima.
Di awal perkahwinan kami semuanya indah. Kami juga berjauhan. Tapi sedikit pun saya tidak pernah berprasangka buruk kepadanya. Bagi saya, mana mungkin dia tidak setia sedangkan makan minum nya saya hantar duit setiap bulan..malahan saya juga yang membelikan dia kereta dan memberi duit minyak kereta. Mustahil kan?
Lama kelamaaan, saya jadi penat. Saya terpaksa bekerja keras kerana loan saya semakin banyak. Bekas suami saya hanya kata dia tak mampu buat apa apa sebab duit nya semua di along. Saya buat pelbagai jenis perniagaan untuk tampung semua kos. Saya juga anak pertama dan perlu membantu adik beradik saya. Saya ajak dia untuk sama sama berniaga Tapi dia Tolak. Katanya, malu. Saya sabar dan terus sabar. Saya cuba unTuk Terima semua dugaan ini. Saya percaya satu hari pintu hatinya terbuka. Tapi malangnya, dia curang di belakang saya. Gf bersilih ganti. Silap saya, mungkin saya jauh.
Akhirnya saya buat keputusan untuk tinggalkan kerja dan perniagaan saya , namun dia menolak..katanya buat apa berdekatan kalau kewangan tak stabil. So, saya redha lagi. Kami selalu bertengkar, malahan tak bertegur berbulan bulan lamanya. Nafkah zahir batin memang Tidak diuruskan. Malahan setahu saya , nafkah memang tidak pernah diberi. Katanya, duit semua dipegang along. Saya tidak memaksa. Malahan okay dengan itu.
Perasaan cinta saya semakin hari semakin hilang. Tapi saya buntu untuk membuat keputusan. Untuk memegang status Janda diusia yang terlalu muda? Sudah bersediakah saya? Keluarga saya mampu untuk terima semua keputusan ini? Saya mengalami depression yang sangat teruk. Beberapa kali saya cuba membunuh diri tapi sentiasa gagal kerana saya tahu Allah masih sayangkan saya.
Selepas 2 tahun saya berfkir, akhirnya, saya beranikan diri untuk uruskan seorang diri di mahkamah. Tanpa sesiap membantu. Saya sudah tiada hati, tiada perasaan sayang mahupun cinta kepadanya, yang saya tahu, saya perlu buat keputusan ini. Alhamdulillah. Biarpun penceraian kami diuruskan oleh hakim, dan lafaz cerai itu disebut oleh hakim, (kerana dia tidak mampu ke tempat saya atas alasan kekurangan dari segi kewangan), saya bersyukur.
Hari kes saya selesai, sedikit pun air mata ssya tidak tumpah..kering. saya mengucap syukur berulang kali akhirnya saya dilepaskan walaupun pada mulanya dia tidak mahu kerana syarat utama diceraikan adalah saya tidak boleh ambil semula rumah kami. Dia nak rumah tersebut sedangkan rumah itu saya yang bayar selama ni .
Kepada semua isteri yang dilemma untuk minta dilepaskan dari suami dayus, kuatkan semangat! Peluang yang kita berikan lebih dari 10 kali itu tiada gunanya sekiranya lelaki tidak menghargai. Percaya kepada qada dan qadar Allah. Ada hikmah di setiap perjuangan. Ada kemanisan di setiap kesedihan yang dihadapi. Berjuanglah unTuk masa depan. Kuatkan semangat kerana kita, wanita dilahirkan sebagai kuat dalaman emosi dan menTal tanpa kita sedari.
Tiada siapa yang dapat bantu kita, kalau kita sendiri tak mampu bangkit. Saya adalah pejuang pesakit depression. Saya berjuang sendiri untuk melawannya, dan memang ianya bukan mudah. Tapi untuk terus bersama dengan lelaki yang hanya mengambil kesempatan di atas keikhlasan hati budi, menggunakan kita untuk kesenangan hidup, menjadikan kita bodoh untuk terus ikut semua kata katanya, itu bukan hidup yang perlu dilalui sehingga akhir hayat.
Isteri yang tidak bahagia tidak akan mampu membahagiakan anak anaknya. Kecuali dia redha. Belajar untuk mencintai diri sendiri sebelum orang lain. Assalamualaikum




