Assalamualaikum , Admin . TQ sebab publish cerita aku. Kat sini aku cuma nak luah benda yang dah lama terbuku dalam hati aku . Lama. sampai aku dah rasa kebal . Aku dah berkahwin 3 tahun . Tapi belum dikurniakan zuriat . Aku dan husband tak pernah rancang apa apa . Cuma belum waktunya Allah beri anak untuk kami . Jadi aku ketepikan soal anak dan aku fokus pada benda yang lebih utama . Keluarga dan kerjaya . Aku dan suami PJJ atas faktor kerja . Actually bukan 100% sebab kerja sangat kenapa aku decide untuk PJJ tapi lebih kepada aku tak boleh nak adapt dengan mertua aku sebenarnya .
Husband aku baik . Bab nafkah zahir dan batin alhamdulillah sempurna walaupun aku dengan dia jumpa sebulan sekali atau dua kali sahaja . Dia anak yang taat . Sangat taat . Masalah kat sini bila husband aku jenis liat nak balik rumah mak bapak aku . Ye , husband aku jarang sangat sangat balik rumah mak bapak aku . Even sometimes aku drive away dari rumah parents ( aku menetap dengan parents ) jemput dia dekat rumah mak dia untuk balik bercuti barang sehari dekat rumah mak aku . End up akan bergaduh tanpa sebab . Aku pernah tanya sebab apa tapi no answer . So bila dah faham sangat soalan aku tanpa jawapan aku just diam . Aku bgtw mak aku husband aku sibuk . Tapi biasalah orang tua kan . Dia terasa . Aku faham tp aku tak boleh nak buat apa .
Tapi baru ni , aku dengan husband ada ada la pergi bercuti dalam 3 hari . Ouh ya lupa nak cakap , husband aku ni kerja dengan family dia . Run some business lah . Okay sambung balik , kitrg pergi bercuti kejap dalam 3 hari sebab dah lama sangat tak spend quality time berdua . Then pagi tu , ktrg tengah siap siap nak hantar husband aku balik rumah mak dia sebab kereta aku pakai so aku kena drop off dia dulu dekat rumah mak dia . Tengah dok bersiap kemas beg tu tiba tiba adik dia call aku banyak kali . Tapi aku tak perasan sebab handphone silent , then lepas 30 minit baru aku perasan whatsapp adik ipar aku . Marah aku sebab pergi bercuti dengan abang dia . Dia cakap aku bawak abang dia bercuti sampai abang dia lupa kerja . Makan gaji buta . Lebih kurg macam tu lah . Padahal mak dan abah mertua aku dari awal dah maklum pasal kitrg pergi cuti . Kedai pun tutup . Aku just be nice aku reply ” apa kata mesej abang sendiri , sebab saya memang dah maklum mak ayah nak cuti ni ” . Then dia seen terus block whatsapp aku .
Aku tunjuk lah mesej tu dekat husband aku , dia diam je . Aku pun malas nak cakap apa or panjang cerita . Aku diam jela sepanjang highway . Cuma masa dekat nak sampai rumah mak mertua aku tu , ada lah aku cakap . Aku rasa tak happy bila orang rampas hak aku untuk bersama suami aku . Husband aku diam dan senyum je . Aku tak faham kenapa dia tak pernah nak back up even once aku depan family dia . Mak mertua aku ni pun jenis suka jumpa atok atok ustaz ni berubat kampung . Dari sebelum kawen dia dah pernah ajak aku untuk berubat konon aku ada saka so sebelum kawen kena buang dulu baru boleh kawen . Bab anak pun dia kata aku ada saka belah keturunan aku . Aku just layankan sahaja lah sebab aku hormat mak mertua aku . Aku tau benda tu sometimes syirik duk berubat bomoh bagai tapi dah tu dia suka . Aku malas nak jadi menantu hantu . Ikut je la tapi wallahi aku solat taubat lepas setiap kali ikut dia pergi ritual tah ape ape tu .
Sekarang ni aku tengah plan nak cari rumah sewa dekat area area rumah mertua aku . Tapi husband aku macam tak bagi . Dia cakap membazir . Aku kalau boleh nak duduk dekat dengan dia . Macam pasangan suami isteri normal lain . Tapi entah lah . Bila aku tanya kenapa , dia cakap dia malas nak pindah nanti mak dia bising . Aku pjj ni pun sebab aku tak tahan mak dia suka control everything . Even aku nk keluar on weekend pergi date dengan husband aku pun mak mertua aku perli aku suka melagha . Entah lah . Sometimes aku rasa adakah aku silap pilih jodoh ? Dia husband yang baik tapi dia terlampau ikut sangat cakap mak dia ..
Mak dia pun kontrol sangat life husband aku . Tambah bila husband aku kerja dengan family dia . Aku tak larang . Kerja lah . Business family kan . Aku okay cuma aku nak some privacy . Aku tak tahan bila orang suka persoal aku buat apa kemana dan duit belanja apa sebab Ini hal aku suami isteri so aku tak perlu nak cerita detail sebab ami bukan budak budak . Thats why aku bgtw dengan husband untuk pjj sebab aku takut nanti aku terlepas cakap dekat mak dia bila aku dah hilang sabar . Buat masa sekarang aku dengan mak dia okay je bila jumpa.. tapi husband ada la ngadu mak dia ada perli dia ” Ada bini tapi macam takde bini , duduk jauh . Elok sangat lah bini macam tu ” .. Entah lah . Penat dah aku pendam . Tolong lah doakan supaya husband aku terbuka hati nak menyewa diluar . Duduk rumah sebelah mak dia pun takpe asalkan bukan dalam rumah mak dia . I just need some privacy . Tu je




