Ada dakah aku yang bersalah.. Assalammualaikum. aku janda anak 2 boleh. dekat 5 tahun aku menjanda. hinggalah aku bertemu seseorang. kenal dalam fb sahaja. mulanye aku tak ambik kisah. tapi sedar dia mencari aku dan ingin bertemu. aku hairan jadi aku ambik keputusan untuk berjumpa.
Aku bawak anak2 sekali. anak2 takut dengan dia. ia lah sebab aku tak pernah keluar dengan mana2 lelaki. anak2 takut aku balik. bila balik anak2 lapar. lalu aku mesej Lid keluar makan. dia setuju. anak2 happy sangat dan aku suka tengok dia layan anak2 ku baik sangat. anak2 ku gembira..
kami pun balik..keesokkanye dia bawak aku jumpa family dia. Lid dulu tak ade anak. mak dan ayah Lid sangat baik. Lid menghantar aku balik. tapi kami tak balik. dia bawak aku jumpa sepupu dan pergi kedai ex wife dan dia kenalkan aku isteri baru dia.. aku ikutkan aje..dah lewat aku nak balik tapi Lid takbg balik. dia masuk 1 lorang dan mat!kan enjan kereta.. dan
kami terlanjur bersama sebelum bernikah
Dari kejadian 2 aku nekad tak kan biarkan Lid tinggalkan aku aku ajak dia nikah. Lid tak keje masa 2. semua persiapan duit untuk kenduri aku yang keluarkan. aku risau kene tinggal. dan nikah dipejabat agama sahaja dulu. Dan 2 minggu lepas 2 buat kenduri..
pembelanjaan kenduri semua aku tanggung…ari kenduri aku menangis kerana duit takcukup..nk bayar sewa konopi..Lid langsung takiktiar cari duit…kenduri berjalan lancar. Aku. redoh. dah siap kenduri..kuali semua kami sama2 basuh..tapi aku yang basuh..iyelah sebab syang suami..aku taktahu perangai sebenar dia lagi..siap semua
Aku balik rumah mak mertua aku. malunye aku masa itu bila adik ipar aku tanya cukup tak duit lagi untuk kenduri. aku terdiam dan cakap cukup. adik ipar ku cakap jangan malu2 tak ape. sebab adik ipar ku tahu abangnye tiada duit. bermula lah kisah hidup ku. sudah 6 bulan bernikah Lid masih tiada keje tetap.
Segala belanja rumah aku yang keluarkan..tak ape sanggup susah senang. dan sekarang aku mengandung. aku tak larat nak keje tapi gagahkan jua fikir siapa nak bayar semua belanja rumah. sewa rumah lagi. anak2 sekolah lagi. sampai satu tahap Lid tuduh aku curang berzna. Ya Allah pedihnye aku rasa.
Dan aku bertanya adakah kau tak percaya ini anak kau yang aku kandungan. Lid diam tak berkata. Aku tak pergi keje kerana sikap cemburu buta Lid. kejap call kejap video call. kalau aku tak angkat mula la Lid msg. keluar dengan jantan la 2. ya allah beratnye dugaan ku ini. sedang berbadan dua. aku sabar..
Lid dalam masa 6 bulan hanya berkerja 2 kali sahaja. aku diamkan aje. kata Lid tunggu tawaran keje yang kene dengan hati dan jiwa dia. sampai bila. satu tahap aku dah tak boleh sabar dengan cemburu dia aku berhenti keje. aku biarkan dia cari duit. nak bayar sewa rumah tapi Lid cakap nak bayar dengan ape duit tak ade…
Lid menipu aku kata dapat keje rupanye balik rumah mak Lid. aku sahaja tak nak keje malas masak. kemas rumah. nak tengok Lid mcm mana. makan tdur makan tidur. Lid kau tak ade terfikir ke. nak makan ape tak ade duit kau tak bekerja. aku abaikan tanggungjawap aku pada Lid. sebab aku sakit hati..aku geram dengan Lid yang takbekerja…
kata2 Lid manis bak gula..layanan dia dekat anak2ku sangat lah baik. sekarang keduanye tak berkerja. aku dah masuk 5 bulan. Tak larat nak keje. sakit sana sini. salahkah aku .halau dia dari rumah. kerana tidak berkerja. Lid masuk kerumah ini hanya bawak tv dan pakaian dia sahaja. selebihnye semua sudah ada.
Makin ari makin dia malas nak keje. salahkah aku jika minta cerai. salahkan aku jika tidak peduli sama Lid. ape aku boleh buat. bukan boleh berpisah sekarang. aku mengandung. Lid pernah kata lepas aku bersalin kite berpisah ya allah tuhan sahaja tahu perasaan aku masa itu. sekarang aku hanya tggu hingga aku melahirkan.
Aku akan buat ujian dna untuk pengesahan adakah ini anak Lid. dan aku tak nak bersama Lid lagi menjadi isteri dia. ya allah kau kuatkan lah aku dengan ujian2 mu ini. seorang isteri sanggup susah senang dengan suaminye jika suaminye berusaha dan berkeja. Tapi jika tidak berkeje macam mana? Adalah aku yang bersalah. ape perlu aku buat. adakah keputusana aku ni betul?aku buntu?




