salam admin.. terlebih dulu aku mohon maaf mungkin agak panjang kisah aku ni.. Aku dan bf aku tak bernikah hingga ada anak 2 kami dah hidup bersama selama 8 tahun ya 8 tahun hingga ada anak. kerana sayang dan setia aku masih tunggu hingga ke hari ini. bukan aku tak nak berkahwin. sukar nak ku gambarkan kehidupan aku dan anak2. memang dia jaga aku dan anak2.
Makan pakai tempat tinggal seadanya. dari dia susah miskin aku bersama dia. sekarang agak senang. aku dah malas nak sebut soal nikah. bila takda duit janji macam2. dapat duit nak nikah dan nak selesaikan surat beranak anak2. tapi bila ada duit janji tinggal janji. bila susah tahu pula suruh aku minta bantuan keluarga aku.
Dulu aku selalu minta bantuan duit dari ayah aku. tapi lama2 aku dah malas nk susahkan orang tua aku. bila aku tanya bab nikah hanya kata ma kian ja yang aku dapat. ‘kau tak layak jadi bini aku.’ bila aku marah dan merajuk tahu pula pujuk. mcm tu lah juga seterusnya hingga sekarang. bila tiada duit macam2 janji. ada duit semua lupa.
Sampai aku dah malas nak sebut bab nikah. aku buntu kasihankan anak2. nak aku tinggalkan anak2 masih kecil. keluarga aku semua tak tahu yang aku hidup macam ni. dengan apa pun tak ada. duit tak ada, kenderaan tak ada. hanya mampu pendam dalam hati. bila ajak bercakap bab nikah aku pula yang balik disalahkan. seolah2 suruh aku cari duit sendiri banyak2 nak kalau selesaikan semua tu.
Bila aku berkerja cemburu nak mam pus sampai tuduh aku ada jan tan lain. nak taknak aku duduk dirumah depan mata dia. aku malas nak bergaduh, aku penat, aku buntu. macam mana nak selesaikan surat beranak anak2 aku. macam mana aku nak mulakan hidup baru.
kadang sampai rasa nak bu nuh diri. bantulah aku yang buntu. ya aku tahu, aku b0doh sebab dah tersilap langkah dalam mencatur hidup aku sendiri. mohon komen yang dapat membantu aku selesaikan masalah dan keluar dari belenggu hidup yang macam ni.




