Hi. Terima kasih KRT klu luahan aku diterima. Okay, jom kita berkenalan sikit. Aku L (bukan nama sebenar) umur awal 20 an. Kisahku, berkawan dengan suami orang hampir 8 tahun. Pada awal berkenalan, aku masih belasan tahun dan belum SPM lagi waktu itu. Pada mulanya, aku jual mahal dan tak tahu erti ‘jatuh cinta’ dan perkenalan itu berlarutan sehingga aku dapat tawaran ke Politeknik.
Hmm 3 tahun pertama kami berkawan hanya biasa biasa seperti rakan biasa yang hanya bertanya khabar, berhubung pun jarang jarang sebab kesibukan masa aku belajar. Tetapi, entah macam mana masuk tahun ke empat perkenalan dan waktu itu aku penghujung semester 4, aku dengan dia jadi semakin rapat. Kami lebih kerap berhubung dan perasaan itu semakin sukar di ungkap. Masa tu aku rasa aku di lamun cinta dengan suami orang. Dia jujur tentang statusnya sebagai suami orang dari awal perkenalan tapi aku tak ambil tahu sebab aku layan dia hanya rakan biasa.
Mungkin pebezaan umur 9 tahun buat dia lebih matang berbanding aku. Aku tersangat bahagia dengan dia. Dia penyayang, kelakar, bertanggungjawab dan yang buat aku sayang sangat dekat dia sebab dia terlalu penyabar dengan aku yang selalu baran dan memberontak. Dia tidak pernah tinggikan suara walau sekali dan macam mana degil pun aku. Ya, aku suka cabar kelakiannya. Dia juga terlalu memanjakan aku, tidak pernah berkata ‘tidak’ tentang apa sahaja yang aku inginkan.
Long story short, ketika aku sudah menginjak ke umur 21 tahun dan masa itu aku banyak baca kisah vavi menyondol’ hahahaha. Ni kes sebab follow rapat KRT dekat facebook tu. Ketika itu, aku terlalu membenci diri aku. Aku rasa hina sebab terlanjur mencintai suami orang. Aku mula memberontak, aku jadi biadap, bercakap kasar dan hilang hormat pada dia. Aku jadi benci dia. Aku benci dia tapi aku tak boleh tak ada dia.
Pada tahun kelima kami bersama hubungan aku dan dia mula di hidu isterinya Kami kantoi banyak kali juga melalui mesej. Mereka PJJ ‘weekend husband and wife’. Tiap kali kantoi, aku hanya diam dan menangis sebab aku takut kehilangan dia. Aku tahu isteri dia kecewa, aku juga perempuan sudah tentu aku lebih memahami. Aku tak pernah kena serang atau dapat call/message dari isteri dia. Thanks god!
Ya, dia baik walaupun dia tahu aku cemburu kadang kadang, dia tetap ajar dan didik aku untuk hormat isterinya. Kami cuba utk jauh dan berpisah tapi entah lah… Masih bersama sehingga sekarang cuma hubungan tu dah tak sweet macam dulu. Aku lebih kerap menyakiti hatinya, aku banyak cakap lepas, aku dah tak selembut dulu. Aku tahu dia kecewa dengan perubahan aku. Aku juga kecewa dengan diri sendiri kerana terhumban dengan cinta suami orang. Sakit perit aku sorang je rasa.
Bila kami kerap bertengkar, hubungan ni dah jadi seperti adik dan abang atau tak ubah seperti kawan rapat. Cuma perasaan tu aku biar macam tu je. Aku dah malas nak fikir atau persoalkannya lagi.Masa pun berlalu dengan pantas buat aku semakin faham tentang apa itu cinta. Cinta tak semestinya memiliki. Dia cinta pertama aku. Aku bertuah kerana dipertemukan dengan dia.
Dulu aku selalu mengutuk perempuan macam ni. Macam mak cik bawang tu haha. Tak, aku bukan nak back up diri aku cuma aku nak ingatkan yang kita tak akan faham selagi kita tak ditempatnya. Bukan mudah utk menolak bila rasa itu hadir. Hadirnya tanpa kita sedar. Percayalah menolak itu tidak semudah melafazkannya. Aku hormat pada perempuan yang menang dalam pertarungan ini. Memang memerlukan jiwa dan hati yang cekal. Tahniah jantinaku
Kepada kakakku, maafkan aku kerana melukai hatimu. Percayalah kakak aku sedang berjuang. Aku sedang menolak gelora di jiwa. Aku mohon maafkan aku dan suamimu. Kepada kekasihku, terima kasih kerana menjadi semangat aku, tempat aku bercerita utk luah semua rasa. Dia sangat sempurna jaga aku. Terima kasih abi utk cinta itu terima kasih jaga aku dengan sempurna selama ini. Tiada kurangnya cukup segalanya. Akhir kata utk semua pembaca, tolong beri aku semangat dan nasihat yang membina. Aku nak buang segala antara kami tapi perit. Mohon supaya aku kuat utk melawan




