Salam admin, mohon hide profile dan approve post ni ya. Aku seorang isteri, ada seorang anak baru 4bulan. Usia kahwin setahun setengah. Suami kerja bisnes sendiri, income tak tetap, paling banyak 3k sebulan. Tapi dia banyak komitmen, sewa rumah, barang dapur, bil eletrik, makan aku dan anak, dan ubat anak sebab dia ada sakit kulit. Hidup kami cukup2 makan, suami tak mampu bagi nafkah bulanan kat aku. Aku nak kerja sebab nak bantu suami dan nak simpan ada simpanan sendiri. Lagipun mertua selalu perlekehkan aku sebab anak menantu dia semua kerja hebat2. ada doktor, lawyer, prof. Raya tahun lepas aku dan suami disisihkan sebab aku seorang suri rumah dan suami cuma peniaga tepi jalan. Anak kami lahir tanpa kasih sayang dari nenek, mak aku dah tak ada, ayah pula dah kahwin lain debgan mak tiri yang tak suka kat aku.
Nasib aku baik, adik beradik aku sentiasa bagi sokongan dan bantuan kat aku. Aku nak kerja, tapi suami tak bagi sebab anak aku masih kecil dan fully bf. Haritu aku ada dapat beberapa job gaji seribu lebih, tapi mertua kata tak standard dengan ijazah aku, dia bagi aku kerja kalau gaji 3k keatas. Aku stress. Aku nak kerja, dah tak sanggup kena cemuh hanya kerana aku seorang suri rumah dan suami peniaga tepi jalan. Aku tak memilih kerja, aku sanggup kerja walaupun gaji sikit sebab aku nak simpan duit dan bantu suami. Aku ada buat bisnes online sbagai dropship, tapi untung tu lepas topup je.
Aku stress dengan pandangan sinis mertua, dan saudara suami sebab aku tak bekerja gaji tinggi macam diorang. Ditambah aku penat jaga anak, anak asyik merengek, 24 jam nak mengempeng. Kadang aku biarkan anak menangis tak mampu nak buat apa sebab aku terlalu stress tapi suami aku sangat baik dia seorang yang bertanggungjawab cuma dia tak bagi aku kerja kalau gaji sedikit katanya tak setimpal. Apa yang patut aku buat? Teruskan apply job atau laburkan simpanan aku untuk bisnes sendiri kat rumah sambil jaga anak? Aku betul2 nak berjaya dan nak ubah pandangan sinis pada aku, suami dan anak kami.




