Salam min. Aku nak bai tau yang aku memang dah putus asa dengan isteri aku. Selama kahwin bnyak fitnah yang dia buat kt aku. Sampai aku betul2 depress. Aku memang banyak silap dan kekurangan tapi memang aku tak sangka dia aib kan aku, untuk selindung semua kesalahan dia selama ni. Mak aku orang yang banyak backup dia selama ni dia penah teng king sampaikan aku tertampar dia sebab telalu marah.
Dari luaran memang dia seorang yang sangat baik tapi Allah je tau bertapa selama ni aku makan hati dayus nya aku pertahankan sebab terlampau sayang. Dia maki hamun aku depan family dia walau silap kecik. Dia sepak aku, pijak aku time aku duduk dilantai masa gaduh. Terlalu banyak aku bersabar. Tiap kali dapat gaji dia buat gaduh. Seolah aku nak berlagak dengan dia sebab berduit.
Aku betul2 tak faham kenapa teruk sangat hati dia pada aku. Dia mintak aku uruskan duit gaji dan cuma bagi dia nafkah. Bila aku buat makin menjadi2 dia cari pasal. Selama berkahwin aku memang turut kan macam2 cakap dia, cuma kadang2 aku berkeras tapi tu pun tak jalan. Makin aku nak tegas makin teruk dia malukan aku. Dia memang nak control semua.
Aku memang jarang dapat melepak, tu pun kalau aku ke rumah mak aku memang bernanah makki hamun. Aku penat balik keje disuruh macam2. Aku tengok dia macam sengaja nak buat aku stress sebenar nya. Bila bertekak dia makin dia hina aku macam², sampai kan aku terbodoh sekali mengata dia. Sumpah dengan nama Allah dia betul² melampau dengan aku, memang aku rase macam si b0d0h yang dia guna2 kan.
Bila aku cerite bab agama dia cakap aku bajet alim, tak solat. Yang tu aku mengaku, tapi bila aku mintak dia solat doakan untuk rumahtangga dia suruh aku cermin diri aku. Bukan aku tak penah berlembut, tapi tiap kali dia cakap aku hipokrit. Allah aku betul2 sakit jiwa dengan dia. Dah tu kebanyakan keje dalam rumah aku bantu, sebab aku tau dia jaga anak kecik tapi bila aku baru nak rehat pegang fon memang macam2 perli nya.
Dalam kalangan keluarga dia memang aku ni nampak suami jahat tak berguna, tapi kalau dia sedar bertapa dosa dia dah buat dekat aku.. Aku dah malu tebalkan muka hadap keluarga dia, aku pertahankan, segala usaha, perubahan aku buat selama ni. Pengorbanan, penat lelah semua takde ape2 erti untuk dia. Cuma yang dia tau, ape yang dia nak aku patuh. Time cuti aku cari duit lebih pun tak penah aku tak bagi dia.
Sampaikan orang tengok aku macam mat judi kerja siang malam tapi duit tak ade, sedangkan aku b0d0hkan diri untuk keluarga yang tak menghargai aku. Aku tau aku bukan suami terbaik untuk dia, tapi kenapa dia tak penah tengok kesunguhan dan keikhlasan aku ni. Aku dah banyak berubah demi dia, aku tak mintak bnyak cukup rasa hormat dan sentiase sokong aku untuk maju demi keluarga. Bukan hinaan, caci, makki hamun. Pandang rendah pada suami.
Kita kawin muda, banyak bende kite perlu belajar bersama tapi kau tak pernah fikir bende tu kau cuma nak kesenangan untuk kau walau pun aku derita bertahun sebab kau. Aku sedar aku memang bukan imam yang baik. Tapi kau penah tgok tak kebaikan aku? Aku dah penat. Kau sentiasa cari kesilapan aku wlau pun bende kecik. Ka tak penah rasa diri kau bersalah, sikit tak penah nak mengalah.
Walau masalah yang timbul bukan dari aku, memang akan tetap jadi pesalah untuk orang. Banyak bdnde yang aku pendam selama ni, bila aku ajak berbincang tentang rumahtangga kita kau kate aku membosankan, b0d0h macam2. Tu la silap nya bila aku terlalu ikhlas sampai kau buat ape pun kat aku sikit aku tak sedar.
Sekarang yang ko tau baring hadap hp. Bila aku tegur memang hamun je smpai. Sampai masa, ko bangun pastu kuar. Langsung tak ade mntak izin ape. Aku tak pasti samada kau curang atau tak, tapi memang aku rase kan ade sesuatu yang tak tau. Ikut kan banyak yang aku nak ckp kat sini. Tapi dah terlampau panjang. Jadi aku stop dulu Tq min




