Assalamualaikum admin, tolong hide profil saya. Saya janda dan mempunyai 2 orang anak. Saya telah diceraikan 2015 dan punca cerai banyak faktor sebenarnya, kami suami isteri tiada pendapatan tetap, kami hanya berniaga beger depan rumah, makan minum kami, sewa rumah, api air, susu dan pampers anak2 semuanya dari keluarga mertua. Bekas suami memang jenis pemalas dari dulu, semuanya harap mak ayah dia. Bekas suami saya pon jenis kaki perempuan, kami pernah bergaduh siap pakej tampar menampar, sepak menyepak, tarik rambut, berguling2, memang gaduh tahap extreme punya lahh. Saya kerja dia duduk di rumah jaga anak2.
Dia jenis kuat sek kalau saya tak bagi dia akan paksa saya, pernah sekali dia pukul saya sebab tak bagi, masa buat sek tu, sambil saya menangis2. Tapi paling saya tak boleh terima sebab bekas suami pernah cuba r0g0l kakak kandung saya sendiri. (Akak saya cerita dekat saya, dan bekas suami mengaku) Saya memang tak boleh accept benda tu min, benda tu selalu bermain2 di minda saya selalu. Start dari situ saya mula keraskan hati untuk minta cerai dari dia. Dia ada juga mintak maaf dengan saya sebab benda tu berlaku tanpa dia sedar (dia bukan jenis ambil dadah, minum arak, dll) tapi saya keraskan juga hati nak cerai dari dia.
Dia ceraikan saya depan rumah sewa kami dan bersaksikan keluarga mertua saya. Lepas dijatuhkan talak 1 keluarga mertua saya dan bekas suami suruh keluar dari rumah time tu juga saya ada cakap untuk tinggal dekat rumah tu untuk malam tu saja sebab dah hampir magrib, anak saya masih merangkak lagi time tu. tapi tidak dibenarkan. Saya kemas kain baju saya dan anak2 keluar time magrib tu. Saya ada cakap dengan bekas suami ambil lah 1 anak, supaya adil. Tapi bekas suami taknak jaga, dan keluarga mertua saya menghina saya, pandai beranak tapi taknak jaga anak. Bermacam cacian dan makian dari pihak sana.
Saya berseorangan takde backup. Saya telefon kawan sebab minta dia tolong hantar saya di rumah keluarga saya, sebab saya takde transport. Duit jangan cakaplah, dekat tangan hanya ada rm8 je. Saya gagahkan diri menjaga 2 orang anak sampai sekarang. Selepas cerai sesen dia tak pernah bagi nafkah anak2, (selama setahun) saya pon tak tahan dengan perangai dia lepas tangan dan saya wassap dia untuk minta nafkah anak2, kadang2 bagi, kadang2 tak bagi. Lepastu bekas suami minta mak dia duit sebab nak beli pampers dan susu anak2, tiba2 akak dia call saya, akak dia cakap ko apehal nak mintak dia duit pulak, sekarang ni dia mintak mak aku dan marah2 minta duit.
Dan saya pon cakap, aku mintak dia duit sebab anak2 aku masih ada bapak, dan bermulalah pergadohan disitu. Saya pun malas nak bergaduh, saya terus pergi ke pejabat agama untuk tuntutan nafkah anak2. Saya minta setiap bulan rm500 untuk 2 orang anak, lepastu saya dan bekas suami bergaduh, dia cakap tak boleh bagi sebab rm500 tu banyak sangat. Saya pon cakap, kalau dia rasa rm500 tu banyak, dia bagi rm250 je, tapi dia kena jaga sorang anak, dan akhirnya dia setuju untuk bagi rm500 untuk 2 orang anak sebab dia taknak jaga anak.
Saya start mengumpul harta saya sendiri, beli kereta, kehidupan anak2 semakin ok, tiba2 bekas suami wassap saya nak rujuk dengan dia balik sebab terkenangkan anak2. Dia wasap ayat habis manis, dan memanggil ayat “B dan syg” macam hubungan kami suami isteri dulu. (Saya tahu dia nak rujuk balik dengan saya sebab taknak bagi duit dekat anak, sebab dalam masa 5 tahun perkahwinan kami, sesen dia tak pernah bagi duit nafkah dekat saya. Baju saya semua zaman saya masih bujang saya pakai. Cuma beli baju setahun sekali time nak raya je, baju dan seluar dalam kebanyakannya dari orang bagi.)
Saya cakap taknak kawen dengan dia balik sebab saya akan berkahwin dengan orang lain lepas raya aidilfitri ni. Dia start wassap akak saya supaya pujuk saya rujuk balik dengan dia. Dia sanggup buat ape saje supaya saya jadi isteri dia balik. Bakal suami saya jauh beza perangai dengan dia, walaupun dia takde harta, tapi setiap hari akan tanya khabar anak2 ok ke tak, cukup duit nak makan tak, keperluan anak2 cukup ke tak, setiap hari akan call nak cakap dengan anak, dia sangat rapat dengan anak2 saya, kalau saya tak cukup duit, dia akan support sikit2 untuk persekolahan anak, berbeza dengan ayah kandung dia sendiri, yang dia tahu bagi duit tiap bulan, tapi jumpa anak2 jauh sekali.
Saya kesiankan anak2 sebab rindukan ayah dia setiap 2 atau 3 bulan dia akan ambil anak2 beberapa jam lepastu hantar balik dirumah saya, kau tak rasa nak rindu dekat anak2 ke? Jarak rumah dia dan rumah saya tak jauh, hanya 25Km. Tapi masih susah nak tengok anak2. Haritu masa puasa ke-6 dia nak ambil anak2, anak saya siap menangis taknak saya lepaskan dekat ayah dia. Dan dia ingat saya ada hasut anak2 bencikan dia. Saya tak pernah burukkan dia depan anak2. Salah dia juga sebab jarang tengok anak. Saya cuma harap dia prihatin sikit dengan anak tak lebih dari itu. Saya harap dengan kegagalan saya berumahtangga dahulu dapat membuat saya lebih matang. Tq KRT dengar kisah sya




