Hai krt. saje aku nak share. baru2 ni suami aku kantoi curang dengan janda anak 2. aku sebenarnya bukan nak tekan kan pada curang tu. sebab hati aku ni pon dah rasa tawar dah Kat dia.banyak kali dah benda ni jadi. dari l mula perkenalan, pertunangan, dan sampai ke ikatan yang sah hampir (14 tahun keseluruhan) aku kenal dia. banyak kali dah dia buat onar Kat belakang aku. lupa aku nak bagi tau, anak aku pon sekarang dah ada 2. Besar dah diorang..
Guyss kalau korang duduk Kat tempat aku mesti korang dah tinggal kan lelaki macam ni kan? dengan kantoi pergi cekin hotel Kat Cameron highland dengan janda tu, and Yes. janda tu bawak anak dia sekali gambar yang kantoi dengan aku tu memang mesra nampak bertapa bahagia nya dorang mastu aku m4ti2 ingat dia out station masa tarikh yang dorang ke Cameron ni. dengan fon die aku ws 1tick ja. masa tu memang aku kena tipu hidup hidup sebab katanya batri habis. and tak bawak powerbank. Lebih kurang 3 hari beb! Gile la. aku sampai sekarang masih tak boleh move on dengan benda ni. Tapi tulah hakikat yang aku harus lalui.
Korang mesti nak tau macam mana benda ni boleh kantoi. softly ja, lepas benda ni kantoi. aku memang perasan fon dia ni tak lekang langsung dari tangan dia.
And aku pon yang lurus bendul ni anggap atas urusan kerja. aku tak pernah nak syak apa apa pon rupanya diam diam dia main cinta dengan janda tu lebih kurang 3bulan dah guys. and yang mula mula kantoi dengan aku pon sebab janda tu call suami aku petang tu,
ALLAH tu maha pengasih. Terdetik Kat hati nak angkat fon tu.and yess..aku dengar suara manja dari janda tu,dia panggil abi,abi. Hello. panas hati aku ni masa dengar tup tup suami aku rampas fon tu dari tangan aku. aku keluarkan segala kudrat yang aku ada untuk rampas balik fon tu, and aku berjaya dapatkan. dari situlah. Aku dapat tau yang dorang ke Cameron, and Maybe ada jugak ke tempat2 lain. tu pon aku dapat tengok Kat ig janda tu dekat fon laki aku.
Aku stalk habis habisan. last sekali aku ws janda tu, aku tanya dia apa relation dia dengan suami aku. and dia cakap die mengaku kenal suami aku, and dorang bercinta. hahahaha. aku tak pasti sebenarnya nak nangis ke nak gelak masa tu. janda tu ada ajak jumpa, katanya nak cerita semua. tapi aku tak nak. sebab aku takut aku terbunuh dia tanpa sengaja.
And aku sebenarnya Nak tekan kan and nak tanya. apa hukum bila suami aku mengaku bujang tua dekat janda tu walhal dia masih ada isteri. aku ada minta dia pergi pejabat agama, untuk kepastian. tak tahulah dia dah pergi ke belum.
sungguh tragis cerita aku ni kan, aku masih tak faham dengan diri aku. kenapa masih nak maafkan dia. sedangkan aku sebenarnya layak untuk rasa bahagia.
Aku memang maaf kan dah suami aku tu. Tapi tulah. pepatah ada mengatakan. memaafkan tu mudah. Tapi untuk beri kepercayaan100% selepas ni memang tak sama dah. siapalah aku ni kan, untuk tidak memaafkan dia. Pesanan untuk para suami di luar sana. hargailah isteri anda selagi hayatnya ada. isteri anda layak untuk rasa bahagia.. Dan untuk para isteri yang senasib dengan saya, be strong girls. jangan tunjuk anda lemah. Kuatkan semangat. Lalui nya dengan tabah.