assalam semua maaf kalau pnjg sangat. saya berkahwin dengan suami pada tahun 2017. masa tu dia seorang duda anak 2 yang bercerai 2015. saya kakitangan kerajaan dan suami berniaga. saya berkahwin dengan suami ketika bisnes dia sudah suam2 kuku. saya baru sahaja bercerai dengan suami. saya yang paksa suami ceraikan saya kerana seminggu lepas kawen saya dapat tahu suami sering pulang ke rumah bekas isteri untuk tido bersama2 kerana kami pjj, suami melebihkan janda tolong baiki kereta, pergi bercuti bersama2 dll. (hal yang takde kaitan dgn anak) sedangkan nafkah anak sudah 2k.
Sepanjang 2 tahun kawen saya hanya terima nafkah 4,5 kali sahaja itu pun 100, 200. alasan kerana saya dah ada gaji dan dia perlu bagi duit kepada anak2. Ada langsung tak fikir tentang makan minum pakai tempat tinggal untuk saya. semua alasan saya ada gaji. pandai2 la saya hidup. Bila dia memerlukan modal untuk dalam bisnes, dia akan cari saya untuk top4. kadang2 berganti dan kadang2 tak.
Suami selalu memburukkan saya didepan rakan2 dan bekas isterinya dengan menggelarkan saya perempuan tua dan tak boleh diharap, perempuan tua kedekut. saya kedekut sebab bila dia ada duit, dia lebih suka habiskan untuk si janda.
Bekas isterinya selalu ganggu saya supaya kami laki bini bergaduh dan bila saya cerita pada suami, suami buat tak tahu. Suami paksa saya untuk terima bekas isterinya sebagai madu saya konon dah tak nak berzine lagi. bila saya bantah dia abaikan saya. tak pulang jumpa saya dan langsung tidak hiraukan saya sampai sebulan. Suami banyak mengaibkan saya dan pernah berjumpa seorang bomoh yang konon pandai tilik nasib katanya saya ni membawa malang dan menyebabkan dia susah dan jatuh miskin.
Bila saya paksa suami ceraikan saya, dia kata saya berdosa dan tak reti bersyukur. dia juga menuduh saya telah menganiayanya. sedangkan hutang saya 8k belum bayar lagi. Dia selalu menyalahkan saya, saya dikatakan akan menyesal seumur hidup kerana minta cerai. saya sudah bersabar dan berharap dia berubah tp saya tak nmpak…oleh sebab tu saya paksa dia ceraikan saya. bulan depan kami akan naik ke mahkamah untuk pengesahan cerai. adakah saya bersalah?




