Salam admin,terima kasih siarkan cerita saya dulu kali ni saya nak meluah sekali lagi tolong sembunyi kan fb kakak saya.
Memang perit nak terima hakikat kalau suami masih sayangkan perempuan lain iaitu ex-gf nya dahulu. Saya buntu harus macam mana lagi.Sudah berapa kali saya bersuara pada suami tentang hal ini.
Dalam rumah tangga kami dia suami yang baik jalan kan tanggungjawab cuma 1 hal yang tak mungkin hilang syg nya pada perempuan itu saya dah hubungi perempuan itu bincang baik tapi saya kena akui suami saya lebih bersalah dalam hal ini.
Hancur hati saya bila mereka sebenarnya memang masih berhubung selama 4 tahun ini. Juga pernah berjumpa beberapa kali di belakang saya. Namun perempuan tu cakap mereka hanya berbual dan pergi makan habis kan masa diluar tak lebih dari itu, Suami saya akui hal ini kata nya kasih sayang pada perempuan itu bukan di sengaja kan dan dia terlalu sayangkan ex nya cuma dia tak kan luka hati sesiapa dalam kisah mereka. Keb0d0han apakah ini min..
Saya telah pun sakit hati dengan kisah cinta mereka. Sampai bila harus macam ini.
Sekarang saya dah tak tahu nak macam mana lagi, terima kasih pada yang komen nasihat yang baik untuk saya cuba ambil hati suami itu telah pun saya buat sebab saya sayangkan suami saya namun siapa lah saya untuk tetap kan hati suami..
Ada kala saya redha min. Tunggu dan lihat apa akan jadi seterus nya nanti. Andai kata memang di takdirkan jodoh saya tak panjang bersama suami mungkin itu lebih baik atau mungkin 1 hari nanti memang saya di madukan dengan perempuan itu.
Sekarang mereka dah jarang berhubung sebab saya jadi semakin agresif tentang hal ini. Pantang suami saya tengokn hp saya akan ungkit hal ini dan kami akan bertengkar, tapi tak guna juga sebab semalam suami lupa padam yang dia call prempuan tu masa keluar ke kedai.sejak saya balik suami cuma call perempuan tu bila ada kesempatan atas dasar janji dan rindu. 12 tahun suami saya tetap pegang pada janji, bertuah sungguh perempuan itu apa pun yang suami cakap atau janji semua suami saya tunai dan tepati. Isteri mana yang tak sedih bila baca suami dengan perempuan tu “abang terlalu sayang kan awak abang yakin 1 hari nanti awak akan tetap jadi milik abang. Tunggu saat itu.
Buat suami, andai dia baca saya minta maaf jika tak dapat jadi isteri yang baik dan sempurna tapi saya juga manusia yang ada perasaan kenapa buat kan saya terasa hina kerana cuma dapat menumpang sisa sisa kasih dan cinta dari abang dalam rumah tangga kita?
Buat si dia,andai kamu baca.Terima kasih kerana jawab pertanyaan saya.
Saya akui kamu baik saya pun dah berapa kali lihat gambar kamu di fb.Ada raut sedih di sebalik senyuman kamu.Mungkin sedih yang tersimpan kerana kisah cinta kamu dan suami saya. Tapi saya tahu kamu bukan manusia tak berhati perut redha lah. berhenti lah dari semua ini kerana hal ini mendatangkan dosa apa tah lagi kamu punya suami. Saya berharap dan terus berharap baik kamu mahupun suami akan terbuka hati dan minda akan takdir yang tertulis sekarang. Saya isteri dan akan terus berusaha menjadi isteri yang terbaik meski saya cuma menumpang di sudut hati suami sendiri. Doakan saya terus kuat. Terima kasih




