Assalamualaikum admin . saya seorang isteri dan ibu kepada seorang anak . saya kawin dengan orang yang tak pernah sekali saya cintai dia. kerana mulut saya, saya teruskan. saya sayangkan orang lain. sampai sekarang saya tak mampu untuk lupakan dia. saya tahu curang pada hati pun dah berdosa. saya bercinta dengan ex hampir 6 tahun tapi selepas saya pindah ke kuala terengganu semua nya berubah saya tak ade kawan kat sini . saya kerja then saya simpan ramai lelaki . tapi hati saya tetap dekat si ex yang berada di selanngor. tak pernah berubah .
Lelaki lain semua untuk saya lepaskan bosan saya kat terenganu ni . saya tak tahu macam mana nak cakap. tapi saya memang sayangkan ex saya . kadang saya berhrap untuk kembali dekat sisi dia . saya berkahwin dengan suami sebab dia bagi tahu saya nak masuk merisik saya pula jenis mulut celupar saya cabar dia. saya tak sangka yang dia betul2 datang. masa tu cuak semua ada . nak tolak kesian kan family dia dn family saya so saya terima.
Saya still contact ex saya sampai lah saya tahu yang saya mengandung 3 bulan then saya stop contact dia saya dah cuba 3 tahun ni untuk lupakan dia tapi saya tak mampu. hati saya sakit dan bila bergaduh dengan suami saya selalu minta dia cerai kan saya. tapi lepas pada tu saya mengucap. kesian kan anak. sekarang masalah saya saya buntu. apa yang harus saya buat untuk buang prsaan saya dekat ex dan sayangkan suami saya sepenuh hati.
Saya sayangkan ex lebih pada saya sayangkan suami. dare saya pun ex yang ambik. bukan suami. tapi suami tak pernah kisah dengan kisah silam saya yang teruk tu. saya penat macam ni. macam mana saya nak lupakan ex saya. Suami terima saya seadanya. Tapi saya tak mampu sayangkan suami macam saya sayangkan ex saya. Tolong lah saya. Apa patut saya buat. Saya dah jujur dengan suami. Tapi suami macam tak nak ambek tahu semua tu . Dia diamkan diri sahaja.




