Salam admin dan warga KRT. Sebelum tu admin, minta hidekan profile saya ye..terima kasih admin. Saya mempunyai keluarga kecil yang bahagia, berkahwin dari saya dan suami tiada apa-2, susah senang saya tetap disisi suami. walau masa suami senang, dimana semua orang ada dan suka waktu dia senang, tapi masa dia susah…hanya ada saya dan anak disisi dia. sampailah boleh ada sikit-2 perubahan dan kami syukur sangat atas pemberian rezeki dari Allah swt ini..
Kami, suami isteri tak pernah berkira walau 1 sen pun antara 1 sama lain.. dan saya sebagai isteri, saya tahu kemampuan suami saya,
saya tak berharap pada suami 100% dan selama apa yang telah saya bantu dia, saya redha saja.. dan saya anggap itu adalah “perkahwinan = ibadah” bagi diri saya untuk suami, anak dan Allah swt…
sebab hanya Allah yang tahu apa dalam hati saya dan apa yang telah saya lakukan demi kebahagiaan keluarga saya. Tapi biasalah admin, rumahtangga mana yang tidak bergolak? ada saja gangguan dari anasir-2 yang menyibuk dalam kehidupan orang ni kan. Kisahnya macam ni, suami saya kantoi dengan saya bermesej sayang-2 bagai dengan perempuan lain..
kemudian saya dapat tahu dia orang dah pun berjumpa dan suami pun dah kenal dengan keluarga perempuan tu..
Kemudian, bermula lah krisis antara saya dan suami.. saya cuba tanya suami, apa silap saya.. apa kurang saya? suami nyatakan saya memang tiada apa-2 kekurangan dan silap, cuma dia yang “G4TAL CARI PASAL” pergi melayan dan ter-sayang pulak kat perempuan tu…
Dan mulanya perempuan tu tak tahu suami saya ini dah berkahwin tapi suami kata dia dah beritahu perempuan tu yang suami telah pun berkahwin tapi perempuan tu yang macam tidak boleh terima kenyataan yang suami saya telah ada isteri dan anak..
Sampaikan perempuan tu cuba mengancam macam-2 pada suami, jika suami putus dengan dia. mulanya, saya dan suami seperti tunduk saja dengan apa yang perempuan itu nak kan.. (nak kan sangat suami saya) tapi bila dah lama-2 saya jadi sedar, macam sedar dari mimpi, kenapa saya nak takut dengan perempuan ni? kenapa saya suami isteri nak tunduk dengan dia? Dan sejak itu, saya jadi tegas sikit dengan suami, saya suruh suami pilih, dia nak yang mana? saya dan anak atau betina tak sedar diri tu?
suami tetap dengan keputusan pilih saya dan anak, dan lepas tu suami tak lagi berhubung dengan perempuan tu..saya tahu dan saya pasti hal ini, suami jujur dengan saya. Tetapi sekarang, walau suami tetap dah diam dan tak berhubung, perempuan tu masih cuba nak ganggu suami.. sehinggakan perempuan tu mengganggu saya pula.. tapi saya masih bersabar sebab pada saya, buat apa saya nak melayan orang b0d0h macam ni..tak boleh ke move on saja cari laki lain kalau dah kemaruk sangat nak berlaki..
tapi, yang terjadi pada saya sekarang emosi saya jd terganggu.. bila saya, suami dan anak tengah happy, tiba-2 ada pulak gangguan dari betina gatal ni, emosi saya masa tu juga terus berubah,
terus saya melenting pada suami, saya terus marah dan suruh dia pilih betul-2 dia nak siapa..tapi macam biasa, dia tetap cakap tetap nak saya dan anak, jadi apa sekali pun, saya dan anak paling utama pada dia.. sebab kami adalah keluarga dia, kami nyawa dia…
ish, saya betul-2 benci dengan betina tu.. tak boleh ke kalau tak ganggu hidup orang, terima jelah kenyataan, memang saya dapat tahu betina ni degil, apa yang dia nak dia tetap akan dapatkan, tapi mimpi lah ye nak dapat laki saya.. saya tahu dia cuba sedaya upaya nak pisahkan saya suami dan anak. apa perlu saya buat dengan betine macam ni? nak ajar pun dah tua ganyut dah.. haih.. jatuhkan martabat wanita betul betina macam ni..
sumpah sampai ke matti, saya tak akan maafkan betine ni, betine yang menjadi perosak dan cuba berkali-2 cuba nak hancurkan rumahtangga. saya…BENCIIII !!!! AKU VIRAL SIAPA KAU BARU KAU TAHU…!




