as-salam admin… tolong hide profile saya… saya just nak kongsikan kisah hidup saya… biar jadi pengajaran pada isteri2 diluar sana… saya telah berkahwin dengan suami saya selama hampir 13 tahun dan hasil perkahwinan kami… kami dikurniakan 3 orang cahaya mata… seorang perempuan dan dua lelaki.
Saya sangat bahagia hidup dengan suami dan anak-anak saya.. tapi sejak 2 tahun lebih saya perasaan suami saya selalu sibuk. Dan boleh dikatakan setiap hari dia sibuk. Dia pergi kerja pagi dan balik rumah pagi-pagi buta.. saya sabar admin… saya anggap tak apa lah suami aku sibuk cari rezeki buat kami sekeluarga.
Saya tak pernah tanya mana dia pergi. sampai anak-anak saya sangat merindui ayah mereka. tapi dah lama lepas tu, suami saya kantoi dengan simpan perempuan lain… Dan dia sanggup menipu saya dan anak2 katanya dia sibuk cari rezeki buat kami… tapi hakikatnya dia kantoi simpan pel4cur dan tak lama lepas tu dia sanggup ambik pel4cur tu sebagai isteri kedua. patutlah dia selalu sibuk.
Sehingga satu hari saya dah tak tahan saya minta suami saya pilih 1 antara 2. Dia pilih saya dan dia lepaskan perempuan tu. tapi saya masih ingat dengar jelas apa yg perempuan tu katakan pada saya masa saya datang rumah dia. Dia cakap dia akan tuntut semua hak dia.
Saya datang kerumah perempuan itu dan saya tak pernah pun tinggikan suara pada dia tapi sayangnya dia telah fitnah saya pada family suami saya. katanya saya telah datang kerumah dia dan menyerang dia. sedangkan saya datang bersama suami saya dan suami saya saksi segala-galanya… suami saya ceraikan dia melalui panggilan telefon…
Dan tak lama lepas tu mereka akan dibicarakan dimahkamah kerana bercerai dia diluar mahkamah. tibalah hari yang ditunggu… mereka pergi ke mahkamah dan apa yg perempuan itu beritahu tuan hakim sangat Membuatkan suami saya terkejut. Dia cakap pada hakim yg dia tak tahu yang suami saya dah berkahwin sehinggalah saya datang serang rumah dia…
Sekarang adik-beradik suami saya kebanyakkan salahkan saya.. apakah itu salah saya? sedangkan saya pernah beritahu suami saya seandainya suatu hari nanti dia jumpa orang lain yg boleh jaga dia lebih baik dari saya. lepaskan saya.
Saya rasa jika suami saya faham betul-betul maksud saya. Dia akan fikir sebelum buat semua ni. saya sangat sayangkan suami saya kerana kami hidup dah hampir 13 tahun dan susah senang kami dah rasa bersama.




