Min, ni aku nak share cite sikit ni apa yang jadi dengan rumahtangga aku sekarang. Aku bukan nak bangga la, tapi aku lelaki yang bergelar suami dan juga ayah. Wife aku ni jenis dia kuat nangis mudah terasa, aku marah sikit nangis. Mula2 aku rasa kesian, mungkin dia nampak tu kelemahan aku so sekarang bila dia nangis aku tak rasa apa da. Aku gaduh besar dengan wife aku, hah sebelum kecam dengar cite aku dulu. Dulu sebelum aku dapat tu wife aku mengandung aku pernah tumbuk dia sampai pecah bibir and admit ward gara2 dia muntah d4rah.
Wife aku ni pndai berlakon pergh kalau masuk anugerah memang confirm menang. Bila doktor check tak ada apa dia kata wfe aku mengandung tapi sebelum tu ada entah apa kebajikan jumpa wife aku suruh buat report tapi aku dah kata dia pandai belakon nangis2 dia kata tak payah keruhkn keadaan. Meluat aku. Tapi sejak aku dapat tahu wife aku mengandung memang aku tak sentuh dia sebab aku fikir anak aku. Sekarang anak dah setaun lebih dah. Mula la keluar perangai settan dia tu.
Beberapa hari yang lalu aku gaduh dengan wife aku, aku nak masak nasi dia kata tak payah buat biar dia yang buat, dia suruh aku gi kejat solat maghrib sebab nak masuk waktu isyak dah. Kebetulan la pula adik wife aku ikut tido kat rumah sebab ada interview tah apa tu. Aku marah la wife aku pasal apa marah aku depan adik dia. Nampak sangat dia nak tunjuk adik dia yang dia control suami, masa tu dah tengah bagi anak makan. Aku kata try urus aku, tetiba wife aku panas la pulak.
Dia kata aku buat tugas aku sebagai isteri dengan nada kasar tu. Nampak tak dia try hard nak tunjuk adik dia wife terbaik. kebetulan mak mertua aku sampai, sikit mak tampar wife aku, kalau tak memang puas hati aku tak payah tangan aku yang sampai. Mak dia marah pasai dia lawan aku. Mak dia pun tahu tak boleh lawan suami. Mula la dia dengan lakonan dia nangis2. Tapi mak mertua aku tak termakan. aku capai baju aku, aku keluar dari rumah tidur kat hotel. Apa jadi perbincangan dorang kat rumah tu aku tak ambil peduli.
Jam 6 petang tadi aku balik la rumah, macam biasa wife aku tengah urus anak aku. Boleh2 dia buat macam tak ade je. Aku ambil anak aku, aku biarkn wife aku dalam bilik biar dia fikir kesalahan dia. Aku ingat dia insaf rupanya tak, aku balik pun tak di sambut, dia tegur aku pun tak.Dia keluar menyapu kat ruang tamu. Aku naik atas nak mandi, masa aku tengah syok mandi aku dengar anak aku nangis, allah anak aku jatuh dari tangga. Wife aku lari capai anak marah aku. Lahh salah aku pula, dia yang tak nak tegur dengan aku. Kalau dia tegur aku dah tentu aku bagi anak kat dia. Lagi pun aku tak tahu anak aku pndai turun tangga.
Patutnya wife aku naik atas ambil anak aku tu. Aku tengking dia balik, aku kata dia tak pandai berhenti cari gaduh dengan aku. Srsly wife aku memang pndai belakon depan mak bapak dia.Dia lawan aku, naik panas aku, aku cekik aku tendang dia depan mak dia. Dia nangis2 berlakon tak henti. Aku tak tahu apa yang dia cakap tak henti mulut dia bercakap. Sakit telinga aku dgr bebelan pmpuan tu.
Nasib mak dia tak marah aku mak dia marah wife aku tu. Dia kata wife aku patut diam bukan lawan. Tengok mak mertua aku pun tahu jangan lawan suami. Sekarang ni aku lari da dari rumah. menyampah tengok air mata palsu. Nasihat aku kepada isteri2 dluar sna jangan nak queen control sangat. Suami tetap suami. Jangan derhaka sangat lawan cakap. Syurga tu dibawah tapak kaki suami.




