Assalam min. saja je aku nak meluah kat sini. Tau da benda takkan mampu aku capai. Macam nie, aku sebelum kahwin ade gf. tapi pendek cite, aku la yang b0d0h curang. tapi aku akui, ex aku tersangat baik! aku tak pernah gaduh dengan die. Tak pernah aku maki die. Sumpah die sangat la matang. bila aku gaduh dengan gf yang bini aku sekarang nie, die la yang tolong selesai kan. masa tu ex aku still gf aku. memang aku sayang die sangat masa tu. Cuma entah la. tapi masa tu aku jauh dari die. muda lg. aku kenal dengan bini aku sekarang nie. lepas aku break dengan ex aku tu, aku langsung tak jumpa die. tapi 3 tahun lepas aku terjumpa fb die. aku add. tup2 die terima. berdebar jantung aku. aku tengok2 dia dah kahwin aduhh aku tak tau kenapa dup dap jantung aku min bahagia aku tengok die bahagia..
Jujur kalau dulu aku mampu memang aku akan pinang die jd bini no 2 sekarang bila dah mampu die dah kahwin pulak anak dua sama macam aku bertuah suami die dapat die, dia tak cantik. comel je. Tapi asam pedas pari die sedap wwooo. 1 hari tu aku terjumpa bff die, die cite2 kat aku yang ex aku nie terima aku kat fb pun sebab die da lupa benda lama. putus cara baik buat ape nak bergaduh benci sana sini. Lagipun laki die tau aku add die. masing2 dah berkeluarga. tersenyum aku. memang tak berubah perangai die. Stay positif, jujur dan baik. part laki die tu, terkedu gak la. haha.
Tapi aku sedar lah, Die bini orang aku laki orang walaupun jantung nie dup dap macm fall in love back with ex macam dulu tapi aku istiqfar selalu ingat anak bini aku. satu hari tu bini aku tengok fb aku, terkantoi plak aku friend dengan die. gaduh sekejap. Seminggu lepas tu, bini aku block fb die kt fb aku. Tepuk dahi aku. tapi tak pela, aku paham. Bini aku ade hak. cuma cepat lambat nanti aku akan terjumpa jugak cuma kalau aku jumpa die, aku nak mintak maaf sgt dekat die. aku sakitkn die dulu. Aku buang die macam sampah semata aku masa tu takde choice melainkan terpaksa lepaskan die.
Aku ingat lagi, masa aku lepaskan ex aku, aku cakap dekat die yang die kompom senang lupakan kenangan kita orang. tapi sayang, aku yang termakan kata2 aku. aku yang tak boleh lupa tapi die. move on lama da. Bini aku pn baik. Layan aku baik. baik buruk bini aku, aku malas la nak cite. aku cite nie pun hanya nak melepaskn sesak di dada. mana tau da cite nie boleh relax. asal aku tak curang lagi.. Yang buat aku takboleh lupa die apa yang aku kaji mungkin sebab aku yang buat taik. pastu dengan ciri yang ade pada die. putus pulak dengan cara baik siap boleh pergi makan kat restoran 1st day aku mintak couple kat die. patut masa break dulu aku maki hamun die sampai die benci aku kan bagus. bagi die malu ke apa. kahkahkah. TAKpela..tu jela min..tq..