Assalamualaikum. Harap admin dapat siarkan post ini. Aku Zahraa, 25 tahun, ingin sampaikan pesanan buat insan bernama Emy. Harap post aku ni viral sebab aku dah lost contact dengan Emy, dan aku harap sangat dia dapat baca post ni. Aku sekarang penghidap Post Traumatic Stress Disorder (PTSD), masih berjuang melawan sakit ini. Kisah silam aku penyebab aku menghidap penyakit ini.
Perkenalan aku dengan Emy bermula awal tahun lepas apabila kereta yang aku bawa rosak di tepi jalan. Masa itu waktu petang, hujan lebat tiada seorang pun yang hendak membantu, sehinggalah ada seorang lelaki turun dari kereta (aku rasa grab sebab dia turun dari seat penumpang dan kereta itu pergi) dan menolong aku. Lelaki itu namanya Emy, berkaca mata, badan sedikit comel, berbaju tshirt kolar kuning, berseluar cargo pants warna coklat turun dengan payung dan bertanya aku apa masalahnya. Dia mencari towing service di internet dan menghubungi kedai tersebut. Emy menunggu bersama aku sampailah kereta aku siap. Sejak hari itu, Emy selalu hubungi aku, selalu bertanya khabar aku dan mengambil berat akan aku.
Emy seorang pelajar universiti ketika itu, aku pula pelajar yang tengah intern. Aku dan Emy bukan satu universiti, jauh jauh pulak tu. Lepas beberapa bulan contact, Emy ajak aku untuk berjumpa suatu hari itu. Aku pulak macam gembira, sebab Emy nak jumpa aku so aku bersetuju. Aku jumpa dengan Emy hari weekend dekat KL. Kali pertama aku dan Emy keluar bersama. Memandangkan hari sudah lewat, aku bercadang ingin tidor di kl saja malam tu, so aku booking hotel untuk tidor situ.
Emy duduk di kl, dia kata ingin hantarkan aku ke hotel dan lepas tu dia balik ke rumah. Aku book hotel single dan pergi check in hotel tu. Emy nak ikut temankan aku sampai hotel,katanya risau kalau jadi apa apa dekat aku, so aku just biarkan dia ikut aku sampai aku check in hotel. Selepas tu terjadilah “hal” itu antara aku dengan Emy. Aku takut, tapi dalam masa sama aku merelakan Emy buat aku macam tu sebab aku dah start sayang dia. Aku menyesal, aku menangis. Aku tak tahu nafsu syait@n telah merasuk aku, biarkan aku terpesong. Emy berjanji tiada apa akan berlaku. Emy berjanji akan kahwini aku. Dia minta aku percayakan dia. Aku tertipu, aku terleka dengan kata kata Emy.
Dua bulan berlalu, aku rasakan aku macam mengandung aku kerap pergi tandas bangun pagi asyik muntah muntah selera makan aku hilang. Aku beli pregnancy test,hasilnya positif. Aku bagitahu Emy, dia paksa aku gugurkan bayi itu. Aku termakan dengan pujuk rayu Emy. Aku keguguran, 9 minggu waktu itu. Sakitnya contraction Allah saja yang tahu. Selepas kejadian itu, aku berubah. Aku bertaubat, isi masa lapang aku dengan membaca al quran, pergi kuliah agama, isi lapang aku dengan pergi masjid sehinggalah sekarang. Aku hanya inform Emy 3 minggu selepas itu yang aku keguguran. Dari riak nada Emy,dia gembira sebab aku keguguran. Aku stop contact Emy lepas itu. Prestasi kerja aku merosot. Tiada siapa tahu aku malam malam menangis, selera makan aku hilang, aku alami bengkak susu. Waktu lunch hour, aku pergi tandas pam susu. Sampai 4 bulan baru susu tu stop. Malam malam mimpi baby aku. Aku sampai minta berhenti kerja bagi notis sebab prestasi kerja aku teruk.
Aku murung, rasa bersalah dan menyesal sampai sekarang. Keadaan aku makin teruk, aku pergi hospital. Doktor psikiatri diagnos aku dengan PTSD. Aku redha, aku pasrah. 2 bulan lepas, aku dapat tahu Emy tu sudah berkahwin. Dia berkahwin sebab dia terlanjur dan sebabkan perempuan lain mengandung. Dan dia sekarang sudah punyai anak sebab isteri dia bersalin dalam 2-3 bulan lepas dia berkahwin.Lebih perit, Emy akhirnya berkahwin dengan orang lain, bukan dengan aku. Emy berkahwin di Thailand.
Dalam dua bulan lepas, aku cuba hubungi Emy, minta untuk berjumpa dengannya untuk tamatkan kisah aku dengan Emy secara baik. Kami berjumpa, aku dapat luahkan semuanya terhadap Emy. Emy bagi aku pil bagi aku khayal dan Emy buat aku lagi. Aku rasa menyesal,bersalah,teruk terima ajakan Emy untuk makan malam semalam.
Kepada Emy, terima kasih Emy buat Zaraa macam ini. Zaraa sekarang mengandung Emy. Zaraa akan jaga anak Zaraa sendiri. Emy takkan pernah dapat jumpa anak Zaraa sampai matti. Emy selamanya takkan dapat cari Zaraa lagi. Zaraa dah bawa diri jauh dari sini, seorang diri membina hidup baru. Zaraa takkan sesekali minta Emy kahwin dengan Zaraa. Emy langsung tidak sayangkan Zaraa, mainkan hati dan perasaan Zaraa. Emy dulu berjanji kahwin dengan Zaraa tapi akhirnya begini. Emy sanggup, tiada hati dan perasaan memaksa Zaraa gugurkan baby Emy sendiri. Zaraa dulu b0d0h, ikutkan kata Emy. Anak Zahraa, sampai Zahraa mati, Zahraa takkan mengaku itu anak Emy. Zahraa tak boleh maafkan perbuatan Emy sampai hujung nyawa Zaraa. Luka, sakit, pedih Emy tinggalkan untuk Zaraa terlalu banyak. Emy musnahkan hidup Zaraa, sementara Emy pulak hidup bahagia sekarang dengan isteri dan anak Emy. Zaraa terlalu trauma. Zaraa harapkan Allah balas perbuatan Emy.




