Assalamualaikum admin KRT.. nak menceritakan sedikit tentang kisah hidup saya dan minta pendapat. saya seorang suami mempunyai anak 3 orang anak dah berkahwin 7 tahun , sepanjang perkahwinan saya bekerja dan isteri menjadi surirumah.. menjaga anak2 tapi sepanjng 7 tahun saya tidak pernah rasa dicintai atau disayangi oleh isteri bahkan hidangan untuk makanan pun jarang sekali dapat apa lagi layanan yang istimewa..
Saya berkahwin dengan isteri yang tak pandai masak atau mengurus dapur.. saya banyak menghabiskan masa d dapur selepas balik kerja.. saya seorang lelaki yang pandai memasak ilmu yang diturunkan oleh mak saya niat ingin mengajar isteri tapi saya sabar dan terus bersabar. bila terjadinya masalah2 kecil isteri lebih suka untuk tengking dan tinggikan suara sampai gunakan ayat2 kasar dlm bahasa bangsa dia.. kami tinggal di rumah mak tapi di sebabkan terkadang mak mengeluh cara dan tingkah laku isteri.
Saya terpaksa untuk tinggalkan dia di rumah mertua untuk tengok2 org tuanya dan menjaga 1 lagi anak arwah kakak isteri saya yang masi kecil untuk memudahkan mertua buat activity2 atau kerja2 d luar.. saya jarang2 balik ke kampung mertua kadang sebulan 2 kali tetapi isteri saya tetap sama sehinggakan saya menegur dengan cara lembut untuk berikan sedikit senyuman kalau saya ke pulang ke rumah.. bahkan saya tidak pernah di hidangkan air wlaupun perjalanan lebih kurang 3 jam untuk sampai ke kampung..
Sekarang saya bekerja di luar negara dan saya berjumpa dengan seorang perempuan yang sempurna sifat untuk dijadikan isteri dan melayan saya dengan layanan yang saya tak pernah dpt selama tempoh perkahwinan.. tetapi saya membuatkan dia terluka setiap kali saya berhubung dgn isteri untuk mempertanyakan kabar mereka dan anak2.. apa yang saya haruskan sekarang??.




