Assallammuallaikum admin.. aku nak luah skit sesuatu dan minta pendapat kawan2 semua. cite nye keadaan family aku sangat ok. usia perkahwinan dah cecah 12 tahun. tiada apa masalah (gaduh kecik tu biase la) sorang isteri dengan 3 anak. yang paling kecik masih baby 1 tahun. aku memang sayang sangat isteri anak2. semuanya boleh di kata yang terbaik la aku sediakan pelajaran pakaian kemudahan kelengkapan untuk dorang apa saja..
Aku bole dikatakan suami yang agak berkampuan. semua urusan bayaran bill2 aku tanggung sendiri. kereta isteri pun aku belikan dan aku yang bayar. boleh kate tiap tahun tak penah missed travel luar dan dalam negara 3 hingga 4 kali setahun bersama family.
Untuk kesenangan isteri aku. aku sediakan orang gaji untuk ringan kan beban isteri aku dirumah. isteri aku bekerja di sektor gov. dan die kerap kursus sana sini. itu tidak jadi hal lah sesekali aku bole tahan dan sabar. sehigga pada awal tahun baru isteri aku ditawarkan kenaikan pangkat dan gred. Dan perlu sambung study. masalahnya makan tahun die belajar. memang die pun tahu yang dari awal lagi aku tak setuju dan tak berkenan dengan tawaran ni. Dan akhirnya die nak terima juga tawaran tu dan pergi juga sebab nak naik pagkt. Aku hanye bole jumpe nya beberapa jam pada ujung minggu dengan memandu 2-3 jam dari KL. dan die hanya bole pulang tido bermalam dirumah sebulan skali. sebab die tak boleh keluar. law kalah budak upsr skolah rendah ape gomen pikir aku tak tau la
Pada awal permulaan tingal berasingan. memang aku down sangat. sebab aku memang tak biase tiada isteri disisi. balik umah duduk bilik. duduk dapur sunyi kosong betul rase. Laki laki aku pun. Nangis juga la bini tak ade. Kenang kan punye lama lagi keadaan ni aku nak adap. pekerjaan pun merosot. Income agak turun. hidup dah start stress. sakit2 badan pun mula datang2.. Walau sebulan rase bertahun dah mase tu. kami hanya berhubung melalui whssp je dan call tiap malam. kebanyakan nye bergaduh la. Sebab aku sakit hati.
Sehingga beberapa bulan keadaan macam tu aku dah start mule berkawan dengan perempuan layan wechat whasap beberape kenalan2 luar da dalam negara. walau pun luar negara boleh je aku nak pergi jumpe. tak ade maslah. tp takde jumpa pada awal nye. sebab aku hanya nak cari teman berbual je.. Sehingga seorang teman ni agak asal jauh dari borneo. Die sangat caring. pndai ambil hati. banyak lah yang pada die boleh mengubat hati aku ni yang tengah sakit ni. terkurang la sakit hati aku ni. dari aku tekanan tiap hari .die je lah tempat aku luah2 bual2 .bergayut tiap malam. bagi report tengah buat ape bagai.
walau pun aku mampu terbang kesana tiap hari ke sana pergi balik jumpa die. tapi aku takank. takank jadi over. taka nak jadi serius. smpi 1 hari die cakap. die bukan hanya nak berkawn tiada ending. die slalu suruh masuk meminang. aku pun memang terpaut juga hati. tapi masih pikir panjang. Aku masih bertahan. Aku pikir kan lepas setahun lebih nanti isteri aku akan habis belajar dan balik. macam mane nak adap situasi tu nanti.. tapi die banyak naik kan semangat aku. jaga hati aku waktu aku sangat stress. memang perwatakan die sangat sesuai aku memperisteri kan die. tapi hati kepala masih fikir panjang. dalam dilema. macam mane nk buat.. ape jalan terbaik harus bua? ape pendapat korang semua?betul ke tindakan aku ni. time kasih admin
I




