Assalammualaikum admin.. Tolong hide kan profil saya yea, saya sekadar berkongsi rase dan perasaan sedih saya sebulan tak sampai setengah tahun menjadi isteri.. Saya hanya nak mintak pendapat dan jauh skali nak memburuk kan suami saya. Saya berkahwin dengan semacam duda dan mempunyai 3 oarang anak dan sejak berkahwin anak2 dia memang duduk dengan kami, saya yang jaga.. Hidup kami memang bahagia dan saya tak pernah anggap anak2 dia macam anak tiri min . Saya sejak kahwin memang tak berkerja sebab suami tak bagi keje. Suami saya ada perangai yang sangat pelik min suami suka sangat berkawan dengan pondan Dia cari pondan dari wechat, sebelum kawin pun da pernah kantol dengan saya min . Dia balik kerja pukul 2 3 pagi terus pergi tempat pondan tu..
Bila dah kantoi alasan nye pergi urut2 badan ala macam dekat thailand tu dan tak lebih dia cakap tapi aku maafkan aku mintak dia berubah dan janji dengan aku lepas kawin jangan main wechat lagi sampailah kami berkahwin , aku rase pelik min. Tiap kali pergi toilet pun dia bawak hp.. Ada 1hari aku chek hp dia dan ape yang aku fikirkan betul min. Dia masih berkawan dan berwhatsapp dengan pondan .. Siap dalam hp dia ada video pondan tu . Bila aku tanya dia macam mengelak min. Dia tak terima ape aku cakap dia kate aku nie nak yang sempurna jea.. Dia cakap dia cuma berkawan dan dia cakap pondan nie lebih memahami dari kawan2 lelaki dia tapi aku sedih min. Aku nie isteri dia.. Kenapa kalau ada masalah taknak cerita dengan aku..
Aku sayangkan dia min. Aku sedih sangat.. Dan perkara ke 2 aku nak share kan. Dia kerja bagus min gaji sebulan 6 7k tapi selama kami kawin dia tak pernah bagi aku duit poket min.. Sedangkan dia tahu aku tak berkerja dan aku ada kemahuan aku sendiri.. Bila time dia gaji aku suarakan nak kan sesuatu terus dia kata nanti la tunggu dulu la gaji tak banyak la tapi kebajikan anak2 dia 100% dia jaga.. Aku tak mintak benda mahal pun min kadang2 hanya selipar harga rm25.. Kadang2 aku rasa aku nie dah macam oarang gaji dia jea min.. Aku sayangkan rumah tangga aku min. Walau pun aku masih muda jauh disudut hati aku tak nak berpisah dengan dia. Hari2 aku doakan dia berubah tak berubah untuk aku cukuplah untuk anak2 dia .. Aku tahu min dia lebih sayangkan anak2 dia dari aku . Aku sedar. Kadang2 aku tegur anak2 dia pasal ulangkaji atau solat mesti dia tak terima , dia bela anak2 dia.. Wahai suamiku.. Aku terlalu sayangkan masjid yang kita bina nie. Hari2 aku doakan semoga dia berubah ..




