assalamualaikum admin..tolong hide fb saya ye. Kisahnya saya dah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun dan mempunyai seorang anak. Dan sejak berkahwin, memang saya tinggal serumah dengan adik ipar (perempuan). Semua kerja² masak saya yang buat sebab masak untuk suami. Tapi terpaksa prepare sarapan, lunch & makan malam untuk adik ipar skali.
Adik ipar duduk rumah ni cuma basuh baju kami bertiga, 3 hari sekali. Setiap kali saya masak, mesti dia yg makan dulu memandangkan saya lepas siap masak je nak mandi & solat dulu. Sedangkan saya masak untuk suami saya. Dan pasti lah periuk kuali semua saya yang kena basuh. Kadang² sampai tak cukup masa nak main dengan anak & sembang² dengan suami memandangkan saya kena basuh pinggan & botol susu anak.
Bila saya ada masa untuk berbual dan ketika bersembang dengan suami kadang adik ipar gemar menyampuk dan menyekat perbualan kami. Which is saya rasa takde privacy langsung. Bila kami suami isteri sedang menonton tv, adik ipar akan alih siaran tv atas alasan tak nak tengok iklan, sedangkan tv tu saya & suami beli atas perkongsian bersama.
On expenses punya part pun sama juga. Adik ipar always request abang dia belanja makan. Oh ya, adik ipar sudah bekerja. Sedangkan suami juga mempunyai tanggungan untuk bayar sewa rumah, kereta & mainenance kenderaan. Adik ipar cuma tahu pinjam kereta suami je, bila rosak atau servis, buat diam langsung tak tanya kos yang ditanggung.
Kalau weekend pulak, adik ipar akan tidur awal & bangun lambat. Bangun, mandi, tinggal makan breakfast yg terhidang & tengok kdrama sampai petang. Lunch pun dah ada orang yang masakkan kan! Kalau dia guna dapur pun (baking/masak), dia takkan bersihkan dapur 100%. Ada senduk yang tinggal, kuali yang tinggal, dapur tak lap. Saya ni kadang² dah rasa macam MAID dalam rumah sendiri. Asyik layan kdrama, kalau weekend saya, suami & anak keluar, rambut atas lantai pun bersepah tak sapu. Dah ada anak kan, saya mengutamakan kebersihan & keselamatan anak saya lebih² lagi anak saya gemar kutip semua benda yang dia jumpa. Bila saya nak kemas rumah, dia melingkar depan tv.
And lastly, sejak berkahwin, ibu/ayah/family saya tak pernah bermalam di rumah saya. Baru 2 kali parents saya menjejakkan kaki kat rumah saya. Takkan la nak bermalam dengan adanya adik ipar kat rumah ni kan. Dah 3 tahun saya sabar. Masa baru kahwin, suami cakap tak lama pun adiknya akan tinggal dengan kami. Tapi baru² ni dah putus cinta pulak dengan teman lelaki dia,bape lama lagi saya kena bersabar? Suami tak nak nampak macam kami cuba halau adik dia. Tapi dah tak reti berambus & tak tahu malu,macam mana min?




