Assalamualaikum admin. Hide kan details. Sekdar perkongsian buat semua kakak ipar ke adik ipar dan ipar ipar perempuan. Tajuk hakak nak tulis adalah jangan terlalu berharap. Hakak banyak baca ketidak puasan hati adik ipar kepada kakak ipar, kakak ipar kepada adik ipar dan semua perempuan. Kenapa ya? Okayla secara jujur hakak ada adik ipar dan kakak ipar juga. Di belah suami hakak juga menjadi kakak ipar dan adik ipar. Faham kan maksudnya? Dipendekkan cerita bagi hakak jadi kakak ipar ke adik ipar janganla terlalu berharap perempuan yang masuk dalam family kita tu boleh turut semua kehendak kita.
Contoh bila adik ipar akak bergado dengan adik lelaki hakak, hakak tak kan campur walaupun parents hakak aibuk nak campur sebab apa? Sekali kita campurtangan akan jadi lagi teruk. Yerla kita mesti backup darah daging kita walaupun kita tahu mana salah mana betol kan sebab tu ahli keluarga kita. Sama macam kalau mak korang ke gosip pasal menantu perempuan korang sebagai anak perempuan tak perlu jadi batu api lagi-lagi kalau dengar 1 pihak je. Sama macam akak sebgai menantu atau ipar di family suami. Hakak pun tak suka kalau tiba-tiba ada yang masuk campur atau mertua cerita buruk.
Sebab yang merasa tu seorang yang bernama menantu. Selalu hakak cakap pada diri apa-apa yang mak atau adik beradik hakak mengadu tentang adik ipar atau kakak ipar hakak sekadar diam dan cakap its okay. Hakak sedar hakak pun menantu juga macamana perasaan yang kadang-kadang seorang menntu kena hadap kita tak tahu. Macam hakak cakapla bila berlaku permasalahan kita tetap rasa nak backup ahli keluarga kan sebab memang baik atau bagus macamana seorang menantu tu tipula hakak cakap hakak takkan backup ahli keluarga sendiri.
Mungkin betul orang cakap macamana pun bagus atau baik pun seorang menantu perempuan itu tetap orang luar dan takkan dapat layanan macam anak sendiri. Jadi hakak sendiri dah feel benda tu. Bagi akak nak jadi ipar yang baik cuba jangan terlalu berharap perempuan lain yang msuk dalam family kita tu akan dpat ikut segala cara family kita. Samala macam akak rasa bila berada di keluarga mertua hakak harap mereka faham cara didikan setiap orang berbeza jadi jangan terlalu berharap untuk mengubah atau mengatur orang lain. Sama-sama la kita muhasabah diri.




