Assalamualaikum admin.Tolong hide profile aku ya.umurku 30an Usia perkahwinan aku nak masuk 5 tahun.semasa sebulan usia rumah tangga, aku dapat tahu suami ku seorang penagih syabu.Ya Allah. rasa gelap gelita dunia ini tetapi aku tak pernah putus berdoa supaya suami aku berubah.suami aku tidak pernah pukul aku. Nafkah zahir semua cukup. Suami aku juga rajin bekerja. Kalau orang tengok dia dari segi fizikal orang tidak percaya dia penagih tegar.
Hari hari rutin harian aku terganggu sejak mengetahui tentang ini aku sangat sedih, aku juga selalu google tentang sikap penagih dan penawar. Aku sayang suami aku bukan sebab s3kd tapi aku sayang rumah tangga aku kerana Allah swt. Setiap apa yang aku baca dalam google mesti ada tertulis dalam seribu penagih mungkin ada seorang yang boleh kembali ke pangkal jalan. hari hari aku terus berdoa supaya suamiku berubah.
suatu hari suami aku telah ditangkap oleh pihak polis di bawah akta 39 terasa gelap gelita duniaku dengan 2 cahaya mata yang masih kecil. aku tetap kuatkan semangat. Tiap tiap minggu aku jadi pelawat setia tirai besi sebab nak berikan semangat kepada suamiku agar terus kuat dan tabah. sekarang dah 2 tahun suami aku di dalam alhamdulillah nampak perkembangan positif suami aku dah khatam Quran sebanyak 7 kali dan solat 5 waktu pun tak tinggal. aku gembira dengan perkembangan ni. (warden kenalanku yang beritahu)
sekarang suami aku masih lagi dalam proses perbicaraan. kepada sahabat sahabat di luar sana aku memohon jikalau ada suami anda di sebalik tirai besi pergilah melawat mereka dan berilah kata kata semangat. apa yang terjadi semua rahsia Allah swt. suamiku pesan kepadaku jangan sesekali kita menghina orang kerana sebelum ini suamiku pernah menghina seorang penagih. sekarang suamiku amat menyesali akan perbuatannya.
sehingga sekarang aku tetap menunggu kepulangan suamiku. kepada semua di luar sana usahla kecam kami para wanita yang mempunyai suami penagih. kadang saya terbaca netizen menaip jikaalau suami penagih. saya masih setia menunggu suami kerana saya sayangkan rumah tangga kami. Doakan kami sekeluarga bersatu kembali. saya redha dengan segala ketentuan Ilahi. jikalau tidak dapat bersatu di sini semoga kami dapat bertemu di syurga Allah swt kelak.