Hi salam krt. Suami saya ni seorang pegawai kerajaan. Gaji dalam 5k++ tapi hutang keliling pinggang. Dlu kami susah ni. Selalu buat loan sebab suami selalu ot dan hidup dibandar kos sara hidup pun tinggi. Sekarang gaji suami terima dalam 2k je min. 3k lebih lg untuk bayar hutang. Tapi kami bahagia je min. Dah 15 tahun dah kawin. Sekarang saya pula berjaya dalam bisnes. Income saya beulan dalam 10k kadang2 lebih. Saya nak tolong suami lunaskan hutang2. Tp suami tak mahu. Dia nak income2 saya tu masuk dalam asb dan guna untuk perbelanjaan saya. Bila suami pinjam duit saya. Dia akan bayar balik. So dia memang suami yang baik.
Sekarang saya ada lah mula bergaya sikit. Saya beli emas. Pakaian anak dan suami lawa2. Saya buka jenis membazir min. Cuma pakaian kami sebelum ni memang dah lama x berganti. Saya juga sudah lama mengidam nak pakai emas. Alhamdulillah dengan usaha saya sendiri saya dah mampu.. raya baru2 ni saya belikan adik ipar perempuan saya emas sebab adik ipar saya ni seorang yang bagus rajin dan hormat saya lepastu adik perempuan saya ucap terima kasih pada saya. Terus mil cakap. Buat apa nak terima kasih kat dia, yang beli emas tu pakai duit abang kau. Bukan pakai duit dia. (Mil tak tahu pasal income saya) adik ipar saya cakap. Mana2 je mak. Duit abang duit kakak juga. Alhamdulillah adik ipar seorang yang baik. Sekarang bila saya beli sesuatu. Mil cakap saya boros dan perbis duit anak dia. Bila saya hantar belanja. dia cakap tak payah nak belanja sangat. Macam org kaya je. Ya Allah kenapa lah mertua ku perangai macam ni.
Bila kami balik tangan kosong dia bising, bila kami beli sesuatu, dia bising. Suami juga pesan pada saya. Jangan bagi tau mak dia apa yang saya ada. Maksudnya jangan bagi tau mak dia yang saya ada duit. Saya pun diam2 sajalah. Mak dia dari dulu benci saya. Sebab saya je suri rumah. Menantu2 lain semua karja kerajaan. Bagi dia. Saya dan anak2 kerja perabih duit suami. Sekarang saya dan suami dah pergi lagi jauh.. dan mil dah tahu pasal income saya. dia dah mula rindu pada saya dan anak2. anak saya .13 tahun baru pertama kali mil cakap, mil rindu pada anak saya. dan akan datang kerumah kami minggu depan. Ya Allah. Saya betul2 buntu tak tahu nak buat apa. Adakah dia akan berbaik dengan saya atau masih macam dulu?




