Assalamualaikum, Saya nak tanya, ade tak cara mengatasi suami yang kuat membebel? Suami saya ni alahai bila dah start membebel tak dan nak berhenti macam mak nenek asik ulang2 benda yang sama. Lagi2 sekarang saya pregnan anak ke3. Makin kuat pulak bebel dia. Serba serbi tak boleh buat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Sakit kepala duk saje.. ni, silap saya jemur kain je pun. Dia dah start radio dari sebelum magrib, berhenti jap solat sambung balik sampai isyak. Sakit kepala macam nak pecah.
Kalau para suami dapat isteri yang membebel tu bolehla lari sekejap keluar rumah kan yang kita ni isteri hadap jela sampai dia penat. Saya ni kesian kat dia, balik kerja penat tak sampai hati tengok dia buat kerja rumah pulak. saya buat la skit2. Tapi dia tak boleh terima. Dia kata tu semua tanggungjawab dia, biar dia yang buat. Saya cuma jaga anak je. Yang lain2 tak payah buat. Tapi saya bosan, anak pulak dah start sekolah. Paling kecik 3 tahun. Itu jla yang saya ralit duk ulit.
Bila saya kata bosan, dia suruh saya keluar je dengan kawan2. Masalahnya kawan2 saya ramai yang bekerja. Mana ade masa dorang nak berlepak2. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dapat suami yang sangat bertanggungjawab segala serbi. Cuma saya nak minta tips:
1)Cara cekalkan hati hadap bebelan mungkin para suami ade cara.
2. Ape nak buat time bosan2 ni? ade tak yang area shah alam, jom kita ngeteh.




