Asalamualaikum Min… Ini kisah benar tentang apa yang saya alami sekarang.. Tolong hide Fb saya yer Min. Saya dah kenal 10 tahun, berkahwin hampir 6 tahun. Kami kahwin suka sama suka dan kahwin muda. Sekarang umur kami dah nak masuk 30 tahun tapi masih belum punya Anak. Masalahnya sekarang hadir Orang ketiga mengangu hubungan kami. Kami tgh usaha untuk dpatkan anak, kebtulan Bulan DEC hritu kantoi hubungan mereka dan saya hilang arah dan semangat. Dari dlu hidup susah senang sama2 saya korban sama dia Min. Dia pertahakan hubungan dia dengan orang ketiga tu yang bru 7 bulan dorang jalinkan.
Dia kata dia mahu saya dan pompuan itu juga min. Saya minta pompuan itu tingalkan laki saya tapi dia hanya baca mesej saya dan tetap teruskan hubungan dengan suami saya mereka 1 tempat kerja Min. Saya tersiksa jiwa dan raga saya. Saya sangkakan hanya dalam drama je, tapi hakikatnya kini saya hadapi semua ini. Penyondol yang tak ada perasaan! Suami saya dah tak macam dulu, balik pun lewat dan lepas balik terus tido. Saya ibrat teman tidur sahaja. Saya cek fon dia siap hri2 google ayat2 romantis untuk kasi sama itu pompuan Saya hilang semangat tapi saya hilang hak bersuara.
Dia tekad teruskan perhubungan nya. Dia bahagia atas penderitaan saya. Saya sayangkan perkahwinan ini. Saya dizalimi dan hati saya sakiti. Pengorbanan saya tidak dihargai selama 10 tahun kami bersama. Cepat betul dia berubah.. apa saya perlu buat, kasilah kata2 semangat buat saya. Saya takut nak lalui hari2 mendatang.