salam warga krt saya tak nak tanya pendapat just nak share cerita kot2 ada yang sama dan apa korang buat?? saya dah kawin hubungan saya dan isteri tiada masalah.. isteri ada 4 beradik tapi yang masalah sekarag ni mak mertua saya, saya bersyukur lepas kami semua dah kawin mak mertua bagi rumah kereta sikit kelengkapan rumah hasil dari jual tanah dikampung dan sekarang kami semua menetap di bandar. tapi yang menjadi masalah ialah mak mertua saya. masa jual tanah time banyak duit isteri saya dah cakap suruh buat sesuatu yang boleh datangkan hasil disebabkan mak mertua tak kerja sekurangnya dapat juga duit tapi dia tak endah sebab lebih percayakan anak2 yang lain anak2 lain pulak perabis duit mak dieorang saja sampai lincin bila mak mertua saya dah bangkrup dieorang takpeduli makan minum mak dieorang..
Lepas tu mak mertua sayaa selalu mengadu kat isteri saya tak ade duit nak makan la belanje la.. isteri saya tak pernah kedekut walaupun poket ade rm20 die bagi mak dia rm10 tapi anak2 lain makan sedap2 sana sni diam2.. sekarang aku tengok mak mertua aku macam gelandangan sebab anak2 yang lain tak peduli dia.. yang aku tak suka tapi mak mertua aku ni apa yang isteri aku buat cakap bagi pendapat semua bagi dia salah anak dia yang lain betul.. lepas tu mrnyesal selalu cakap kalau tau aku dengar cakap kau.. bukan sekali tapi banyak kali.
Sampai sekarang aku tak paham anak yang jarang2 bagi dia makan dan ada yang tak bagi lansung dia makan itu yang dia sanjung itu yang dia sayang.. kalau anak kesayangan dia buat salah dia diam bila bini aku dia marah kadang bini aku rasa ibarat macam org asing bagi dia.. tapi bila susah tau cari bini aku nak mengadu, mintak tolong mintak duit apa punya mak la kalau nak cerita sampai 3 hari.. kadang buat aku hilang hormat kat dia aku pandang dia pun sebab orang tua saja kadang selalu kita cakap depan dia yang dia pilih kasih ibarat masuk telinga kiri kluar telinga kanan.. tapi anak menantu dia sayang tu semua tak nak bela dia.. jangan kata bela bagi duit jauh sekali itu pun tak sedar2 lg. macam mana nak bagi dia sedar??




