Hai min.. Aku nak luah rasa lg kat page ni.. Sebab takde tmpt lain yang sesuai untuk aku luah perasaan.. Min, kenapa aku rasa macam suami aku ada sembunyikan sesuatu dari aku? Yelah.. Aku tiap kali rasa macam ni selalunya aku stalk hp suami aku akan jumpa sesuatu.. Macam sebelum ni, 2 kali jugaklah.. Aku punya instinct semacam je.. Bila check hp jumpa pulak wassp dia dengan pompuan.. Lps gaduh besar, ok balik.. Dia minta maaf kat aku.. Dalam setahun lebih lepastu iaitu baru2 ni ada lg chat dengan dak pompuan.. Hmm.. Aku pjj, dan tengah mengndung anak ke2..
Aku ni kuat cemburu ke apa ek.. Sebab laki aku ni suka like pic pompuan.. Aku nak positif tapi tak boleh. Yelah sebab pompuan yang dia like tu sesi2.. Aku kadang2 terfikir nak gugurkan anak ni.. Sebab aku baru mengndung dalam 9 minggu. Tapi mengenangkan d0sa pada Allah.. Aku batalkan niat. Tapi bila kenang balik peel dia, rasa nak gugurkan balik.. Aku tak taula apa yang mengganggu fikiran aku ni..
Bila aku duduk sorang2 aku fikir kenapa aku ditemukan dengan laki aku sekarang.. Aku stress la min.. Aku rasa nak lari je jauh2.. Tapi fikirkan ank sulung dan fikirkan kerja.. tak jadi pulak niat tu..
Bila kenangkan sikap dia yang suka mengutuk2 aku dikatanya aku muka tak siap walaupun dia kata gurau tapi aku sedih la.. Bukan ke patutnya suami perlu jaga hati isteri. Kadang2 tu kat kedai makan pun dia guris hati aku.. Dulu aku boleh jua tahan air mata, tapi sekrang aku tak mampu nak tahan dah. Kat kedai mkn tu juga aku menangis..
Dan bila teringat dia kutuk body aku time mengandung ni aku rasa sakit hati sangat.. Walaupun hal kecik tapi kesannya dalam sagat sampai rasa nak cerai.. Aku rasa tawar hati pun ada kadang2.. Lepas bersalin ank kedua ni aku ingat nak ikat je peranakan aku min tanpa dia tahu.. Berdosa tak aku?




