Assalamualaikum warga krt, terima kasih admin kerana menyiarkan luahan saya ini. saya cuba untuk kuat dan keraskan hati tapi saya tak mampu. diluaran kelihatan saya redha dan tenang dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga kami tapi sbnrnya tak, saya cuba untuk lari dari semua masallah ni dan saya tak berjaya, saya sangat sedih dan terkilan dengan sikap suami yang mengasingkan tempat tidur seolah2 saya puncanya walaupun realitinya dia yang mulakannya.
Bukan saya ego tapi apabila terpandang muka dia kemarahan saya membuak2 teringat semua yang dia dah buat tapi macam mana teruknya petelingkahan dalam rumahtangga itu seorang isteri tetapi mahu suami disisi saat ingin pejamkan mata dan apabila terjaga hatinya akan tenang melihat suami masih disisi.
Saat itu dah lama tidak saya laluinya. kadang2 bila kami berselisih faham hya airmata menemani dan kering dengan sdiri..dlm ht saya tertanya sampai bila harus saya begini nak lalui semua ini. apabila saya suarakan untuk berpisah dia tak nak masih sayang tapi perangai buruk dia tetap simpan dan tunjuk. Saya pun tak tahu apa sebenrnya kehendak seorang lelaki..




