assalamualaikum min, ni fb fake aku .. aku just nak luahkan apa yang terjadi pada aku baru baru ni. aku dah kawin 3 tahun. suami aku asalnya memang penyayang, pemurah, baik.. lepas sebulan kawin aku mengandung. kemudian anak sulung aku meninggal lepas 3 bulan dalam NICU kerana Ada masalah jantung.takdapat nak operate di ijn sebab dalam NICU kerap dapat Infection sehinggalah badan dia sudah tidak tahan bermesin gegar dan meninggal dunia. anak kami meninggal hujung tahun 2017. alhamdulillah hujung januari tu aku mengandung semula kerana aku betul betul nak anak sangat dan tak berhenti menangis.aku jadi depression dan jumpa psychiatrist sebab tak boleh tidur.
setelah peristiwa tu. Trauma nya tuhan je yang tahu. Alhamdulillah hikmahnya, kami suami isteri muhasabah diri, solat jemaah, baca Yasin Dan lain lain. sekarang aku dah lahirkan anak kedua tahun 2018 secara czer juga (ya aku czer gap setahun) alhamdulillah anak aku sihat dah nak masuk 6 bulan pun. malangnya amalan solat berjemaah, Yasin berjemaah jarang sekali kami lakukan bersama kerana entahlah. bila diajak katanya nanti nanti.. akhir akhir ni aku rasa lain macam. badan selalu sakit wpun tak buat kerja teruk. kepala jadi kebas lain macam terutama lepas asar. seumpama kaki kebas tapi jadi Kat kepala. aku juga ada cuba bunuh diri 3 Kali sebab suami aku tiba2 berubah daripada seorang yang baik penyayang tapi sekarang ni jadi kuat maki, cakap bod0h, beban dan macam macam lagi harsh words. dah 4-5 Kali kitaorang gaduh atas hal hal kecil. selalunya memang aku dipersalahkan.
Aku cuba bersabar walaupun dia cakap nak sepak aku nak ceraikan aku banyak kali. nak tinggalkan aku n anak tanpa makanan . aku rasa lain macam , jadi aku luahkan pada mak n ayah aku. mak aku ajak aku ikhtiar perubatan islam dari darussyifa panggil ustaz tu dtg rumah ..3 Kali ustaz dtg..pertama sekali ok… Kali kedua bau bangkai busuk ya amat (waktu tu mertua aku baru dtg rumah dua Hari sebelum) waktu berubat aku memang cakap bukan bukan.. aku Ada cakap aku nak perempuan ni cerai dengan anak aku Dan aku nak cucu aku baru aku Akan lepaskan dia.
ustaz kata aku kena santau makanan. Dan Ada benda diletakkan pada aku. Anak aku nangis bila aku dukung. Aku tak boleh bagi anak bf sebab anak aku memang taknak Kat aku langsung aku dicop malas
aku dipersalahkan sebab tak reti jaga anak. Aku berhenti kerja sebab kerja aku jauh kepala aku Pula setiap Hari macam mencucuk mencucuk. bila aku berhenti kerja aku terima kecaman daripada suami. katanya aku tak menyumbang dari segi ekonomi walaupun dulu aku kerja. sedangkan yang dalam rumah ni kerusi sofa tv katil katil unifi cuckoo langsir..hampir semua aku yang beli waktu aku kerja min…carseat, stroller anak pun aku beli… sampai hati dia kata mcm tu. dia kata aku tak bf anak sebab tu dia kena keluar duit banyak beli susu anak. min, dia kerja kerjaaan.
pangkat bukan kecil.gred 44 … kenapa berkira sangat keperluan baby.. keperluan isteri. sekarang baru aku faham. dah dua pengamal perubatan islam aku jumpa… rupanya mertua aku ada letak santau Kat makanan aku baru baru ni dan sihir pemisah. waktu menaip ni kepala aku macam kene toreh2 pisau aku dalam proses berubat aku berhenti kerja gomen sebab jauh dan sejak sakit ni keadaan aku teruk sangat business online part time aku pun tergendala sejak sakit ni. doakan aku dapat kerja.
Aku ni belajar professional sampai degree law bukannya takde pelajaran langsung. dulu pun aku kerja pegawai undang2.. alhamdulillah aku dapat interview dua minggu lepas pun pegawai undang2 tapi kontrak,insyaallah minggu ni keputusannya. aku takkisahlah kontrak pun asalkan aku dapat kerja dan dekat dengan rumah. dalam pada Masa sama aku Cuba berusaha berubat sihir ni. walaupun aku dikatakan orang yang gagal dan menyusahkan , gemuk, membebankan, tapi aku cuba terbaik untuk dapatkan kerja, ubatkan diri dan buat part time mengajar tutor sains, bm dan sejarah di area putrajaya.
buat mertua yang luaran berlitup, selalu sedekah Kat anak yatim, maaf…luaran anda tak mencerminkan siapa anda. sebab sy dah tahu permainan anda. disebabkan tak kerja dikatakan kita menghabiskan duit anak dia. kau orang nak anak kau, cucu kau tapi kau nak buat aku gila/mati. tergamak nya. takingat ke macam mana aku tempuh kehilangan anak, kau pun pernah kehilangan anak waktu anak kecil kan… aku czer sampai dua Kali demi zuriat utk anak kamu. insyaallah Allah always with me. kau guna lah gelaran hajah haji kau yang tak ada makna tu. ni Santau bisa ular n 325 jarum yang kau cucuk Kat kepala aku guna medium sihir Alan aku cuba keluarkan dengan izin allah. doakan aku. terima kasih




