Salam min. Aku banyak baca, bila dah berkahwin ni, senang betul nak dapatkan pahala. Buat air untuk suami dapat pahala, senyum kat suami dapat pahala.. tapi kenapa bila dah dapat anak, aku bagaikan jadi wanita besi. bila aku nak beranak dulu, aku pernah buat muka sebab lapar, suami aku janji nak makan kt kedai, jadinya aku memang tak masak. Tapi dia tidur sampai lepas isya. Pukul 10 malam aku makan kebuluran sampai menangis. Lepas tu suami aku tengking aku, dia malu kot kat kedai aku menangis dan kata dia tak akan maafkan aku bila aku beranak.
Aku sakit contraction 2 hari last-last beranak czer.. tadi ni, aku baru lepas tampar anak aku yang bayi ni sebab suami aku kata aku ni tak reti jaga anak tak sayang anak tak reti nak jaga suami sebab aku tak sempat buatkan makanan bila aku balik kerja tadi. Dia tambah biar la cari isteri lagi satu, terurus sikit hidupnya nanti. Memang selama ni, kerja rumah hatta ikat sampah pun atas bahu aku, sebab suami aku kata dia penat bekerja.
Aku rasa aku mengalami depression, tapi aku malu nak bercerita dengan kawan2, sebab diaorang kenal dengan suami aku. Macam mana aku nak mulakan treatment tapi tak melibatkan suami aku? Bukan ape, nnti dia kata aku ni iman tak kuat. Aku sayang sgt anak aku, n aku taip ni sambil peluk anak aku yang tengah ketiduran.. aku cuma perlukan tunjuk ajar macam mana nak pergi kepada yang pakar. Tq semua.