salam min. hide ye. aku pakai fb adik. nak pakai fb sendiri tak dapat sebab fb aku, fb suami juga. kang nanti admin balas bagitau luahan aku dah kena siar masa tu pula suami aku tengah online sebab apa yang aku nak cite ni min ada tntg ex juga. Naya aku nanti. Dulu min, masa aku tengah becinta dengan suami aku, aku terjatuh cinta lagi dengan seseorang. memang niat nak curang min sebab masa tu hubungan dengan suami tak berapa baik. aku baru bercinta sebulan dengan suami masa aku knl si dia. Tujuan aku nak curang sebab aku nak suami tinggalkan aku (masa tu baru couple ye)sebab aku tak yakin dengan status yang dia berikan pada aku. dia bgtau dia duda, takda anak. tp hati aku ni kuat mengatakan yang dia masi suami orang dan mungkin ada anak. aku cari dekat fb, insta, wechat, aku tak jumpa.dia memang takguna mana2 laman sosial. so aku memberontak, aku curang,aku mengamuk dekat suami untuk jujur status sebenar tp aku masi dpt jawaban yang sama.
Pada masa yang sama aku dah sangat sayang si dia kekasih ke2 dan aku berazam nak pilih si dia dan tinggalkan suami. korang nak tau? tiap malam aku berdoa sambil nangis supaya tuhan jodohkan aku dengan si dia (kekasih ke2) ya allah, aku sayang si dia. aku nak allah jauhkan aku dari suami jika dia masi suami orang. aku bernekad tgglkan suami dan masa aku ucapkan kata putus suami nangis, tu je dia mampu. dia melutut cium kaki aku. dia kata”kenapa kau pun nak tinggalkan aku?aku dah agak semua pempuan sama je. ye, aku masi suami orang. ada anak sorang. dia tinggalkan aku ikut jantan lain dan sekarang tengah mengandung anak luar nikh dengan lelaki tu dan aku tengah tggu tarikh perceraian kami minggu depan,ini bukan surat kedua, tapi dah ke3 makhamah panggil tp aku taknak sebabmasi nak selamatkan rumahtangga aku.
Aku dtg rumah isteri nak merayu jgn la smpi bercerai tp dia tetap tak nak dan yang paling sakit dia ludah aku dekat muka ni tanda dia dah jijik dengan aku”
dan sampaila aku jumpa kau, hati aku jatuh cinta dan rasa sakit aku berkurang dan skg kau pun sama nak tinggalkan aku sebab lelaki lain” aku masa tu tak tau nak cakap apa. aku jalan, toleh kat dia”beri aku masa”malam tu aku berdoa minta petunjuk, si dia balik2 kol aku abaikan sebab aku tengah berdoa. dan tiba2 esoknya hati aku macam tenang. aku dpt jawaban yang aku nak. aku tinggalkan kekasih kedua dan pilih suami. malam dia mak suami dtg jumpa dan dia cerita kan semua nya pada aku. minggu depan dia suami cerai dengan isteri dia dan sebulan lepas tu kami nikah. sekarang kami dah ada dua orang anak. alhamdulillah kmi bahagia. bila suami takda duit nak kirim untuk anak dia dengan bekas bini, kadang aku la yang kirimkan anak tu duit. apa yang aku nak tanya sekarang adalah
1)Bekas isteri dia tau aku knl dengan suami masa dia tuntut cerai dengan suami, dan nikah selepas sebulan mereka bercerai. selepas beberapa bulan baru timbul isu dari dia yang aku ni sondol laki dia. Adakah betul aku ni telah menyondol lakinya? aku takdpt menilai jalan cerita kami ni sebab padangan aku pada kisah kami lain dan pandangan orang lain pun lain. aku rasa bersalah juga, mgkn apa yang bekas bini dia ckp betul. kalau suami dia takknl aku masa tu mgkn suami taakan terima tuntutan cerai dia. adakah dlam cerita ni aku yang bersalah? tq admin




