Assalamualaikum min hide profil yea ..
Hari ni anniversary aku dan suami yang ke-8. Tapi suami aku dia takada wish apa pon dekat aku. Sebab dia tengah angau dengan budak perempuan lain sekarang nie. patut ke dia suruh aku berkawan jugak dengan budak tu min. Dia suruh aku berkawan supaya dia tak hilang semua ..
Aku tak tahulah min apa nak buat. Tapi dia memang serius dengan budak tu min. Apakah aku perlu minta cerai dan blah je dari sini ataupon terus duduk dan hadap perangai dia yang macam2 yang buat aku sakit hati dan makan hati ni hari2..
Kalau wassap aku tu susah benor dia nak balas. Bila dah duduk dekat luar memang dah susah dia nak balas msj aku nak jawab call aku. paling kejam dia off terus hp ,sampai dia dh puas keluar dan jalan sana sini dengan budak tu baru dia on balik lepas tu segala wassap aku semua dia tak balas dan dia boleh balik macam muka tak bersalah langsung. Keluar ngan btina tu makan tak pernah tak sedap makan tempat sedap2 belaka , anak bini dekat rumah hari2 lauk telur je makan
Asal kenyang jew. Dalam peti rumah aku tu kosong min kosong takada apa2. Peti je besar 2 tingkat.. tapi kosong. Aku kesian anak aku lah selalu bukak peti cari benda2 yang dia nak makan entahlah aku pon pening min bila aku mintak duit je selalu dia cakap tak ada kadang dia tinggal ringgit2 je tak sampai 10 ringgit kadang dia tinggal 5 ringgit paling kejam 2 ringgit. Mohon pendapat semua. Jangan kecam. Ni pakai ayat taktaw nak susun lagu mana .. harapa faham naaa. Terima kasih.




