salam min. hide FB sy ya. Aslmualaikum bawang rangers.. aku lelaki. Nama aku M. aku dah berkahwin dan dapat anak sorang. Sebelum aku berkahwin. Aku bercinta dengan Nur A. Sepanjang percintaan aku dah banyak kali terlanjur dengan A. aku memang nak kahwin dengan A. Umur aku dengan A jarak 7 tahun. muda A dari aku. Kami sama2 berjanji nak kawin. Tapi atas desakan keluarga si A. die sudah berpindah dan aku Lost contact dengan Si A. Puas aku cari FB dia no fon dia. kawan2 dia semua tak tahu tentang dia.hampir 5 tahun aku tk jumpa dia. dan aku pun berkahwin atas pilihan keluarga.
Jujur cakap malam aku menikah selepas aku menikah dengan isteriaku, aku menangis rindu ingatkan si A. hati aku betul2 nak dengan Si A. aku lawan perasaan aku untuk lupa kan A. Tapi tak boleh. yelah masa depan dia. maruah dia semua dalam poket aku. Aku dah terlanjur dengan dia macam suami isteri tapi family si A tak terima aku sebab aku bekerja sebagai pemandu treler. Mungkin darjat berbeza. Aku pernah plan untuk kawin lari asalkan si A isteri aku.
Sampai satu hari takdir Menentukan aku Kene hantar kontena di kilang terletak Utara tanah air. Sampai di kilang tersebut aku menunggu kerani untuk sign Surat DO(delivery order). bila aku terpandang si A yang nak sign. Dari situ aku terus ajak dia keluar makan. dia masih belum kahwin. dia tak percaya lelaki sejak dari aku putus dengan dia. Dia tak sanggup nak nikah dengan mana2 lelaki selain aku.
Sejak dari tu aku mula berhubung semula dengan A melalui fon Saja. Aku nak nikah dengan dia dan nak madukan dengan isteri aku. Aku yakin isteri aku pasti tk terima. Jadi perlu ke aku jujur dengan isteri aku tentang kisah aku dengan dia supaya isteri aku boleh menerima dia.? Isteri aku pun tk kurang tk lebih cukup sempurna. ape yg patut aku buat? mohon pendapat bawang renges. Untuk bab poligami. InshaAllah. Allah saja yg mengetahui kemampuan aku.