Assalamualaikum , warga krt yg budiman serta admin yg baik hati sudi upkan kisah ku ini. Dimana nak mula yer, kita mula sedikit nasihat buat ingatan kaum wanita yg masih bujang dan single kembali diluar sana jika awal2 perkenalan dah intronya berbohong ingatlah jangan diteruskan akan bermasalah. Tapi mungkin nasib jugakkan? Mana nak tahu rezeki masing2 kalau dia berbohong pun masing ade peluang untuk bahagia tidak mengapa. Alhamdulillah.
Bagi diri ini semua itu adalah petunjuk awal yg aku tak sedar. Berpura2 duda walhal ade bini itu yg aku tak sedar. Bila dh tahu hal sbnr aku memutuskan hubungan dgnnya. Tapi tak lama dia memujukku kembali yg dia katakan dia akan bercerai dgn isterinya sbb mmg hubungan mereka retak menanti belah.
Akhirnya dia bercerai begitulah katanya padaku dan ibuku. Dia membawa ayah dan ibu tirinya berjumpa ibuku utk membincangkan hal kawin kami. Ibuku tidak banyak soal sbb dia beria2 membawa keluarga dan katanya dia dh berpisah dgn isterinya. Ibu dan keluargaku menyambut baik hasrat kami dn kami dikahwinkan.
Alhamdulillah..tercapai hajat aku naik pelamin walaupun usiaku sudah lewat awal 40an. Padaku dia lah lelaki yg aku dambakan setelah sekian lama aku mencari cinta akhirnya Allah hadirkan seorang suami untukku. Bahagianya aku..tapi dalam bahagia itu ade jgk berita yg tak gembira dia katakan yg dia terpaksa rujuk dgn ex dia sbb ibunya memaksa demi anak2. Aku yg pada mulanya tersentap jgk tapi pujuk hati utk redha mungkin dia boleh berlaku adil.
Kalau mengikutnya ex wife dia tak tahu yg dia baru kawin. Aku pasrah sahaja ibuku pun tahu aku ceritakan hal ini pada ibuku. Dalam nada pasrah jugak ibu berpesan sudah nasib dan rezeki ku bejodoh dan bermadu kena lah pandai2 bawa diri dan redha. Sabar banyak2 itu pesan ibuku walau aku tahu hati ibu mana tidak ghalau baru kawen dah kena madu.
Semuanya alhamdulillah sbb yg aku boleh terima kitaorg pjj aku di utara suamiku di selatan dan bini yg tua tu di barat. Pada mulanya ok berjalan mengikut jadual seminggu sekali atau 2 minggu sekali dia dtg mengunjungiku di utara. Tidak nampak apa yg pelik tapi ade jgk sedikit demi sedikit sikap panas barannya makin nampak. Silap sikit merengus marah bergenang air mataku. Benda kecil pun akan jd isu. Aku pun buntu. Cepat dia dan kadang aku pun naik angin hilang sabar. Allahu sedihnya hati kadang aku tertanya macam nih kah perkahwinan. Lebih byk makan hati dari senang hati huhu
Usia perkahwinan kami dah masuk bulan ke3 tapi kekerapan selisih faham tu makin menjadi2 dalam wasap. Tak pun bila berbual di phone. Benda kecil pun dia akan jadi isu, kata2nya buat aku sedih sedikit pun tak pernah nak jaga perasaan aku bila dia marah. Perit di telinga kasar kata2nya. Bertambah2 sakit ati aku kenapalah ujian ini aku kena hadap selama ni aku baca kat krt jer. Dan hari ni aku yg dpt rasa aduhai ujian ini hebatnya cabaran seorg isterikan.
Aduhai hati kini sudah sebulan si suamiku menghilangkan diri. Apakah dia ade diselatan atau di barat tapi yg pasti tidak ade bersamaku sudah sebulan. Asalnya seperti biasa selisih faham diwasap meleret2 dia sentap aku pun sentap..mana tak sentap senang jer dia cakap nak ‘selesaikan’ aku faham sgt sbb dia klu baran dia suka cakap ikut sedap jer. Senang sgt nak cerai nak tinggal sbb ade sekali dlm phone dia cakap kat aku klu dh xsuka kat dia pergilah dia boleh bagi..senang sgt jd seorang suami. Sedih aku nih dah sebulan lebih wasap dan phone tak nak jawab.
Kisah dianya ade la ari tu dia reply msj wasap aku yg dia sakit ati dan tak dapat terima kata2 yg berbentuk penghinaan terhadap dia. Antaranya sbb dia senang2 nak kitaorg selesai aku cakap ok boleh jer. Kalau nak bagi..aku sebelum ni pun sendirian hidup. Dia tercabar . Lagi satu dia cakap aku tak reti besyukur dgn apa yg dia bg dan suruh aku cari org yg sesuai. Termasuk jgk isu bab duit ringgit ni.
Aku sebagai isteri sangat sedih mmg masa sama2 marah kita tak dpt kawal perasaan. Aku dh mintak maaf atas perbuatan ku aku dh merayu dgn dia balik padaku. Tapi dia masih diam sehinggalah minggu lps aku sekali lagi mengalah. Hantar wasap alhamdulillah berbalas tapi katanya klu aku nk kekal sebagai isterinya bersyarat. Dia akan siapkan surat. Jika kita org masih nak kekal sebagai suami isteri.
Msj tu buat aku sentap lagi campur sedihh. Wajarkah begitu? Apa aku buat yg besar sgt salah, yg salah tu dia napa aku yg kena tanggung semua ini. Lagi satu dia cakap dia akan balik kepadaku bila sampai masa tapi jgn tanya bila.. aduhai..apa yg patut aku buat sedih sgt dgn nasib diri ini..mengapa begini
Tolonglah bg kata2 positif jangan lah kecam sedih hati saya ni Allah jer yg tahu..