Jika tiada lagi kasih sayang noktahkannya disini. Ini kisah aku. Aku tidak sempurna mana. Hanya seorang isteri yang tidak rasa dihargai, tidak rasa dipunyai dan tidak rasa dikasihi. Tiada masalah besar yang sebenar masalah kalau aku terus tidak memikirkannya sebagai masalah. Hanya kesalan yang bertapak dihatiku.
Hampir 5 tahun, aku masih begitu.
Setiap hari kelam kabut menguruskan anak ke sekolah yang jaraknya 30 km dari rumah dan terus ke tempat kerja. Ya anak ku disekolah rendah.. Walau perkahwinan ini hanya berumur hampir 5 tahun. Ini perkahwinan ke2. setelah 5 tahun menutup pintu hati. Aku sendiri tak pasti samada aku bahagia atau hanya menelan seadanya.
Mana taknya semua urusan kewangan dari hal rumah, bil, belanja sekolah dan semua atuk nenek aku yang bayar setiap bulan. Silapnya mungkin aku isteri yang sangat berdikari. menyediakan semua kelengkapan, keperluan dan kemahuan sendiri. Dan pastinya dengan duit sendiri. Hidup ini indah, jika aku fikirkannya indah.. Hidup dalam dunia acuan aku.
Mana taknya, bermewah dengan hasil usaha sendiri. Terpayah segala perit jerih sendiri. Tapi, itu juga kesilapan aku. Kerana aku menutup ruang kekurangan kewangan keluarga kecil kami. Tanpa harapkan bantuan dari suami.. Ya, aku tanggung diri aku dan anak sendiri.
Nafkah dari suami?
Aku sendiri tak pasti selama hampir 5 tahun ini, adakah itu dikira nafkah jika segala hutang, installment rumah, bil2, even duit untuk keluar makan aku yang sediakan. Dia memang ada bagi RM1K sebulan Yang aku rasa nafkah atau sebenarnya duit belanja makan dia sendiri yang aku pegangkan untuk sebulan. Dia tak pernah tanya samada duit itu cukup atau tidak sebab setiap bulan aku mencukupkan semuanya.
Rm1K untuk bayar semua komitmen kami yang hampir RM5K sebulan termasuk duit rumah dn bil2. Belum lagi dicampur dgn duit makan kami selama sebulan. Aku terlalu penat untuk bincangkan hal ini dengan dia. Sebab katanya nanti aku tidak bersyukur. Soalnya aku kah yang tidak bersyukur sedangkan aku yang pecah kepala setiap bulan bayar itu dan ini?? Belum lagi masuk bab2 menggembirakan hati isteri.
Tiada rasa bersalahkah dia bila setiap kali hari jadi dan anniversary aku belikan hadiah branded untuk dia. sedangkan dia? Bertahun rasanya aku tak merasa dihargai. tiada hadiah.. I always give and he always take. No Give & Take Aku penat. Aku rasa tertekan.. Tapi aku tak mampu nak luahkan sebab semua tu pasti akan cetuskan perbalahan. Aku buntu.. Pada aku, kalau memang aku tak layak dapat yang terbaik dari dia, maka akhirkan lah dengan cara sebetulnya.