salam admin. Min. Aku sedih la min. Kandungan aku sekarang dah masuk 7 bulan. Badan2 pun dah mula sengal dan sakit2. Nak jalan, nak duduk lama, nak berdiri lama,nak baring pun serba serbi tak selesa dan tak lah seaktif masa tak mengandung.. Mengadu kat cik suami.. Mintak tolong picit2 kan kaki atau gosok-gosokkan blkg bdn biar aku rasa lega sikit lah.. Tapi suami aku cakap macam ni..’ ahh kau, orang lain pun aku tengok mengandung jugak tapi tak ada la macam kau.. Itu lah ini lah. Sakit lah ape lah. Mengada-ngada sangat. ikut sangat rasa badan tu.. Bosan aku dengan kau ni.. ”
Ya allah min..aku cuma mintak tolong sikit tu je dah kena sound sampai camtu sekali.. Kecil hati aku min..
Dia cakap ” kau duduk rumah je pun bukan pergi kerja macam aku.. ” habis tu ..anak-anak sapa yang jaga dekat rumah kalau bukan aku.. Sapa yang masak,kemas rumah masak,segalanya dalam rumah aku yang uruskan. ya memang aku cepat letih dan aku akan baring terkadang aku terlelap waktu siang.. Itupun bila anak-anak dah tido.. Baru aku tido. Kadang dia balik pun aku tak sedar sebab keletihan rutin harian.. Tapi dah masak semua siap.. Kerja dia selama ni cuma keluar kerja, balik kerja, makan, lepak main game atau berfesbuk, jam 8-9 malam keluar lepak dengan kawan-kawan.. Aku dan anak-anak.. Di tinggal..balik jam 12pagi kadang 1pagi..
Waktu dia balik lepak,aku dah tido.. Itu pun dia marah sebab aku tido awal dari dia.. Tak kan lah aku tiap malam nak tunggu dia balik lepak sampai jam 12-1pagi.. Aku dah sarat min urus kerja harian pun letih anak lagi. Dia cebukkan punggung anak berak pun tak pernah bukan kerja lelaki katanya busuk.. Waktu bila yang boleh aku nak rehat sebenarnya kalau semua waktu aku tak boleh..hmmm.. Tolong lah min accept karangan aku ni min.. Paling tidak aku ada juga pendorong dan pemberi semangat kat aku sebagai seorang isteri dab ibu dan suri rumah sepenuh masa dan security rumah sampai shift jam 1pagi.




