As Salam semua. Dah lama nak luahkan. Tak tau pada siapa. aku memang cukup2 tertekan. aku dah lama fkir nak buat keputusan berpisah. fikir punya fikir dah masuk 15 tahun usia perkhwinan aku. anak 5 orang pun Ada yang dah besar. Tapi perangai bapak dorang Tak pernah nak ubah2. masih layan syabu. yang geram nya isap depan anak2. kerja entah ke mana. on off. bila dah elok kerja tahan seminggu tup2 berhenti. Duit bantuan bulanan hbis mcm tu je dia buat rolling dn main game online.duit mkn kami bagi ala kadar. dh bgi aku dia amik balik pulak.aku ni tak dan nak memyimpan. duit nafkah? Jangan cakap. masa dia kerja gaji ribu2 pn. bila dia bgi aku 2 3 ratus.dkt situ la semuanya. blanja anak Dan blanja rumah.celah mana nafkah aku.
Bila bergaduh perkataan pertama di bagi aku b*bi, si*l, p*k*mak. anak2 pun sama. Tak kena je kat mata dia habis kena maki. sian aku tengok anak2 aku. Bukan Tak pernah aku nak lari, nak tamatkan semua ni. aku dh jemu jelak. tapi dia pandai ugut. nak amik semua anak2 aku. nak bwk lari. aku ni dh la 24 jam dengan anak2.,klau takde anak2 mmg gile aku di buatnya. aku cakap kalau dia bwk lari anak2 bkn dia boleh jg pn. aku tinggalkan anak2 utk pegi cek up pn dh msg2 aku maki2 suruh aku balik cpat. anak berak la.anak bergaduh la. Pantang aku melangkah.sedangkan dia Tau tujuan aku nak ke mana. lambt balik skit mesti aku dpt msg maki2. doakan aku matti tengah jln.
Sekarang aku tengah pregnant ke 6 usia 8 bulan jangan cakap kenapa aku tak amalkan perancang aku dah usaha tapi aku jenis subur. aku tengah berkira2 samada aku nak lari skrg atau lepas lahir Kan baby nanti. salah Satu nya aku tak dpt lari dr suami aku ni sebab kewangan. satu sen dlm poket aku takde duit. nak bwk semua anak2 aku tmpt perlindungan mn pn aku tak Tau kt Mana. mak dn keluarga aku bkn taknak tlg. tapi mmg dorg buang aku sebab suami aku. kurang ajar dengan keluarga aku since bapak aku masih hidup lagi. sedangkan dengan keluarga die Dan arwah mak dia dlu aku tak pernah kurang ajar. sebab tu keluarga aku tak nak amik Tau Hal aku lagi.klau betul aku dh berpisah dengan suami aku bru keluarga aku akn tlg. aku buntu Dan masa yang sama aku nak lepas.




