Arini Along datang, tpksa cuti sklh sebab nak bantu saya discharge. Uwan dengan atok tunggu baby Umairah kat rumah jer sebab atok sakit kaki. Along datang curi2 bawa motor. Susah hati saya bila bayangkan keadaan along bw motor redah ribuan kereta di tengah bandaraya. Semalam pun bawa motor juga tp saya tak tahu, sangka saya along datang dengan teksi jadi saya tak tanya lah. Pg ni nampak along bawa naik helmet. Along kata helmet semalam kena curi sebab tinggal kat parking. Ya Allah anak ibu.
Along bagitahu, papanya dah ambil kereta semalam di hospital, saya husnuzon saja, mungkin nak cepat atau guard tak bagi masuk sebab dah malam jadi tak dapat tengok Umairah. Pagi tadi papanya bagi duit suruh along tuang minyak motor, tapi untuk bil hospital papanya minta saya bayarkan sendiri sebab papanya belumm gaji. Tak apa saya faham. Memang dari dulu saya yang uruskan setiap perbelanjaan. Cuma saya bagitahu along, saya tak boleh naik motor dengan dia. Minta dia tolong carikan teksi, kemudian blk dengan saya naik teksi. Motor tu nanti minta papa ambilkan.
Doakan saya sihat ye kwn2 supaya saya boleh uruskan along dan Umairah saya. Kesian along. Alhamdulillah Umairah bebas dari H1V atau A1DS Walapun masa checkup preggy di KK saya negetif H1V atau A1DS tapi saya belum berpuas hati bimbang terkesan pada bayi apbila lahir nanti. Ternyata Allah mendengar rintihan saya, Dia lindungi Umairah. Spnjang kehamilan saya murung, bimbang ttg kesihatan Umairah apabila dilahirkan kelak. Tadi papanya ada jenguk Umairah sebelum keluar. Dia usik2 pipi dan dagu Umairah. Comel katanya. Tapi papanya ingatkan saya supaya tidak susahkan dia nanti sebab untuk melihat Umairah lahir ke dunia adalah pilihan saya.
Tak mengapa lah, saya tak kisah dengan peringatan papanya tadi kerana papa dah usap Umairah dan katanya Umairah comel dah besar maknanya pada saya. Cukup la buat hati saya berbunga.
Saya tanya along, siapa yg cuci uri. Along jawab, along yang cuci sambil uwan ajarkan. Saya tanya lagi, along x takut dan geli ke tengok uri. Along jawab
“geli tu memang lah. Darahkan najis. Tp kalau along tak buat, siapa nak buatkan, takkan nak biar camtu jer. Uwan sama atok tak sihat. Itukan darah daging along. Redhaa jer la kan bu. “Sambil senyum tayang gigi kapak dua batang dia yg besar tu. Lucu sungguh anak saya…
Terima kasih diatas sokongan dan ucapan tahniah serta doa kalian. Kisah saya bersama papa Qhayyum dan Umairah, panjang umur dan ada kelapangan nanti saya akan ceritakan. Cukuplah sampai disini dahulu. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doakan kebahagiaan saya dan anak2 maka seluruh alam akan berdoakan kpd kalian kembali.
Kisah dahulu. Alhamdulillah saya telah slmt melahirkan puteri hati saya jam 5 pm tadi. Saya sangka tiada waris yang tunggu memandangkan saya dari tempat kerja terus ke hsptl. Rupanya ada anak sulong saya yg setia menanti. Dia yang azankan adik perempuannya dengan merdu sekali. Tolong pakaikan saya stokin dan hantr keperluan saya. Bila saya bertanyakan papanya. Dia hanya jawab.
“Biar la bu. Along ada. Along temankan ibu dan jaga adik” Jam 7pm td dia balik uruskan uri adiknya. Baru 13 tahun, dia dh pikul tanggungjawab yg sepatutnya seorang ayah yg lakukan. Smg syurga buat kamu ank. Jutaan terima kasih saya ucpkan ats doa kalian.




