Assalamualaikum min. Saya ada masalah rumahtangga. Suami saya curang tanpa sedar hampir setahun. Awalnya dah syak tapi saya tak cukup bukti. Memula saya dapat tangkap btina tu msg suami tanya nak jumpa ke? Tapi suami saya menafikan. katanya tak tahu. Saya call btina tu cakap tersalah nombor. Sampailah dieorang berlakon depan saya konon nak yakinkan saya la.. suami call btina tu kuatkan speaker. Beria btina tu cakap tak kenal. Nasib saya simpan no btina tu. Sampai Allah nak tunjukkan die main whatsapp tengok on jer..
Kami bab hp biasa memang tak pernah nak berahsia tapi hari tu saya sergah die nak hp terus tak bagi ape lagi mmg berebut la. Masa die nak delete tu saya perasan nama yang die save tu. Last die baling hp tu ke dinding. Terus saya ambik simkad keluar dari rumah. Terus cari nama btina yang die mssg tu. Sekali cek rupanya sama dengan no yang kata salah send tu. Dari situ kepercayaan sudah hilang terhadap suami. 1 persatu Allah tunjuk. Last Last kantoi juga.
Sampailah depan mak die sendiri die terpaksa cakap benar. Tapi saya dah bersedia masa tu. Sebab sebelum tu saya ada lari dari rumah tapi pakat adik beradik dan masa tulah baru cerita dengan maknya sendiri. Masa keluar dari rumah tu mak saya dan mak die tahu. Saya buat macam nak pon sebab nak kan kebenaran. Dalam masa yang sama saya buat solat tahajud minta sangat die bercakap benar biar pon kebenaran tu pahit tapi saya kena terima.
Minta sgt pada Allah semoga diberi kekuatan, ketabahan dan ketenangan. Alhamdulillah lepas tahu kebenaran dari mulut die sendiri saya rasa lega. Alhamdulillah tiada 1 titis air mata pon yang mengalir sebab saya dah bersedia.
Sekarang ni adalah jalan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dgn berjumpa btina tu. Saya nak dengar dari mulut die sendiri. Yang agak saya rasa sedih btina yang suami saya kenal tu adalah seorang budak s0s!al dan masih muda lagi dalam lingkungan 20an.
saya takut budak ni ada niat tak baik pada suami. Suami cerita budak tu cakap kat die ramai kenal lelaki semua nak ambik kesempatan. Suami banyak bg nasihat kat die dan di situlah ada nampak perubahan dari segi percakapan dan sikap. Dan sebab nilah kot terus jatuh cinta. Suami cakap die ikhlas kat budak tu. Ape korang rasa bila suami buat pengakuan macam tu. Tapi saya tak setuju. Suami sayangkan saya dan anak2 dalam masa yang sama die nak kan budak tu.
Tapi saya cakap saya tak kan terima. Kalau saya terima maknanya saya tak sayangkan suami saya sebab suami saya pon jahil dalam bab agama ape tah lagi budak tu mau tak hancur. Saya tak nak die menyesal hari ni kawin esok cerai. Mampukah die nak bimbing budak macam tu. Saya akui suami saya baik tak pernah sekali angkat tangan atau tinggi suara dan kalau ikutkan keturunan die ni panas baran bab nafkah pon alhamdulillah tak de masalah.
Tapi saya anggap ni semua ujian untuk saya. Persoalannya sekarang suami dah mengaku nak budak tu. Kalau budak tu buat pengakuan yg sama macam mana? Tapi saya memang tak setuju. Lagi pon suami saya mana mampu. Dan ape tindakkan saya lepas ni untuk elak dieorang berhubung. Suami cakap die tak kan lepaskan saya. Die sayangkan saya dan anak2. Bantu saya min.




